28hb Disember 2019
Berkesempatan menghadiri majlis walimatul urus anak rakan di pinggiran Empangan Timah Tasoh Kangar Perlis.
Dah alang alang berjalan jauh terus ke Padang Besar. Ikutkan hati mau saja menyeberang ke Siam..Pasport bawak dah.
Memandangkan pergi bersama anak yang bertugas Isnin..ermm kensel.
Malam sebelum tu geram dah melihat Utube jika ke Bangkok menaiki tren. Bermotor, maupun berkereta sudah pernah, tapi tak pernah menaiki tren walaupun dah banyak kali memasang niat.
Cuma agak leceh pergi dengan tren ni mengambil masa hampir 17 jam. Paling sesuai menaiki tren malam, jika bergerak 8 mlm tiba dia Bangkok dalam jam 11 pagi keesokan hari.
Tiket kelas pertama seorang dalam rm160, siap ada tempat tidor dilengkapi bilik air untuk mandi..Diikutkan tiket kelas ke 2 pun sudah memadai, ada juga tempat tidur , harga tak sampai rm100 tapi satu gerabak dikongsi ramai penumpang, nak solat pun susah. Kalau kelas pertama satu bilik dikongsi 2 orang saja. Kira ok lah 2in 1, tiket dan penginapan.
Tak dapat ke seberang, dapat ke Arked Niaga Padang Besar pun ok. Cuti sekolah pengunjung punyalah ramai. Pergi ke sini lebih kepada meronda cuci mata.
Sebagaimana arked niaga bajet lain disini banyak produk Thailand dan China dijual, pakaian, beg, periuk, mainan, tilam, toto, makanan, buahan dll dengan harga berpatutan...Diluar arked, motor motor disini kebanyakkannya berplatkan no Siam.
Bila dah cuci mata adalah juga yang tersangkut dihati. Harga pun sangat ok . Baju baju ala batik Siam disini separuh harga dari di KL, walaupun kualiti kain serupa. cuma kena cuba dulu saiz, sebab saiz walaupun xxl tapi serupa dengan saiz M...
Malam itu menginap di Sri Malaysia Kangar Perlis. Tak jadi balik hari sebab
esok Ahad teringin pergi ke Nat Kebun Getah...
kalau ke perlis, tak sah kalau tak nyopink kat padang besar
ReplyDeletenyoping toto wak..hehe
Delete