click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, March 24, 2026

Europe26-Hamburg 3H2M

 Kereta dah sewa sehingga 26hb sama tarikh dengan anak ke 4 pulang ke Malaysia. Sayang ada kereta tapi tak meronda. Anak ke 4, ini pertama kali ke Jerman, sementara ada waktu sebelum pulang ke tanahair, bawak dia meronda- ronda.. Sejak tiba di eropah terus merayap 3H2M ke Amsterdam, sesudah itu beraya seharian di Cologne.

Sesudah majlis jamuan raya bersama pemastautin Malaysia, kami meronda 3H2m ke arah timur Jerman pula..Bahagian barat dah beberapa kali sampai, ke bahagian timur ini pertama kali..

Perancangan asal ingin ke ibunegara Jerman Berlin, perjalanan dalam 5 jam atau  lebih setelah mengambil kira faktor luarjangka, singgah bermalam di Hamburg satu malam, sebelum sambung semula keesokan hari.

Trip ini anak Jerman tidak ikut serta kerana berkerja, jadi trip yang sedikit mencabar tiada penunjuk arah.. Kita paling risau mencari tempat parking, atau berurusan dengan warga tempatan kerana tidak semuanya boleh bertutur inggeris.

Tapi tak boleh diikutkan sangat perasaan takut, sedangkan lebih ramai pengembara solo yang boleh saja meredah destinasi dunia. Kini tunjuk arah pemanduan bergantung sepenuhnya dengan google map..pastikan data internet mencukupi.


Isi minyak dulu.. Harga minyak di eropah boleh dikatakan murah untuk penduduk tempatan, untuk kita orang luar pastinya mahal..jadi jangan mengira tukaran wang jika ingin berbelanja, bimbang berpeluh dahi walaupun musim dingin. 




Berehat dulu di hentian lebuhraya. Disini hentian rehat sangat ala kadar.

Tiba di Hamburg dalam pukul 3 ptg, terus ke tempat penginapan di pinggir bandar Hamburg..Biarpun Hamburg merupakan kota pelabuhan dan bandar ke 2 terbesar Jerman, melihat kepada jaringan jalanraya  tanpa persimpangan bertingkat, ini betul-betul diluarjangkaan..Pemanduan lebih mudah. Jika persimpangan bertingkat bersimpang siur sangat mudah untuk tersesat arah..Kita dahlah memandu sebelah kiri, otak dan mata perlu  fokus membaca paparan skrin mencari arah yang tepat..silap baca akan terlajak.

Penginapan Hamburg di hostel,  berkongsi ruang santai, dapur, tandas dan tempat mandi. Caj satu malam Rm230 dilengkapi dengan 3 katil single. Walaupun berkongsi keperluan asas, ok saja, mat salleh jarang mandi dimusim dingin..Sepanjang menginap tak terserempak pun dengan mereka..Lagipun hujung minggu kebanyakan mat salleh lebih banyak melepak di rumah..berbeza dengan kita..




Dapur


Ruang santai..

Bilik..


Biarpun hostel harga agak murah dan berada di kawasan industri, tapi bab kebersihan hostel memang sangat respek dengan mereka..cadar tuala serba serbi bersih. Menyewa hostel, tuala tidak disediakan,  tuala perlu bayar 3 euro sehelai melainkan membawa tuala sendiri.



Menginap dipinggiran kota tempat parking lebih mudah..Di eropah tak semua penginapan menyediakan tempat parking walaupun berbayar..Ketika membuat tempahan perlu mengambilkira harga, tempat parking dan kemudahan lain..



Malam pergi ke Islamic Centre Hamburg, sedang elok solat isya baru bermula. Muslim Turki ramai. Selalunya dipersekitaran akan banyak kedapatan restoran halal..Ternyata betul..





No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK