Nak masuk April tapi suhu masih tidak dijangka..bila hujan, disertai sekali dengan rintik rintik salji nipis. Masa mula-mula datang anak berpesan jangan bawa jeket tebal untuk mengurangkan bagasi sebab cuaca mulai panas.., kita pun mujur tak tinggalkan semua.
Keluar rumah mencari keperluan barang dapur..Seronoknya di sini sebutan harga sangat murah. Masih banyak barang boleh diperolehi dibawah 3 euro..Telor 10 biji dalam 2euro lebih, buahan pun sama..Cuba bayangkan membeli barang dapur kebanyakan harga bawah RM3. Satu troli pelbagai barang tak lebih Rm100..
Di sini begitulah..70-80 euro tu dah banyak yang dapat dibeli..cuma janganlah ditukar ke RM..Untuk kita orang luar memanglah mahal sebab tukaran wang, tapi untuk penduduk tempatan yang bergaji dalam Euro kira sangat murahlah..
Minyak zaitun xtra virgin 1 liter 6.95.., cuka epal organic 1.5 euro..Kita yang sering membeli barangan ini di Malaysia teruja membandingkan harga..
Nasi goreng frozen 2.9 euro.
Sifat manusia walau dimana, pasti ada yang tak akan puashati selagi hidup tidak bersandarkan kesyukuran..Di sini sering kali mogok atas alasan kos sara hidup tidak sepadan dengan pendapatan..Kita pun tak tau masalah sebenar sebab hanya hadir dalam tempoh singkat sebagai tetamu..Orang tempatan pastinya lebih arif dengan situasi negara sendiri..






No comments:
Post a Comment