Muslim Jerman dianggarkan 6.5-6.7 peratus dari keseluruhan 84 juta penduduk Jerman, penganut beragama kedua ramai sesudah kristian...Hampir separuh penduduk Jerman tidak beragama...
Majoriti muslim dari etnik Turki. Mengikuti solat berjemaah, sesudah salam solat fardu mereka terus bangun bersolat sunat bakdiah, barulah dikuti dengan zikir yang dipimpin oleh bilal, hanya penutup doa dipimpin oleh imam..
Solat jenazah pula didahului dengan tazkirah agak panjang..Solat jenazah tiada angkat tangan ketika bertakbir yang 4..
Lagi keunikan disini..memandangkan saban waktu berkasut, alat bantuan memakai kasut disediakan di masjid, memang sangat membantu..
Pelik disini hujung minggu setiap bandar maupun taman-taman perumahan adalah sepi kecuali kawasan pelancongan .. sangat kontras dengan tempat kita. Supermarket pun tak ramai orang berbanding hari biasa..
Sepanjang hampir 2 minggu tinggal di sini, belum lagi terserempak penghuni lain walaupun berkongsi pintu dan tangga yang sama..
Minyak tanpa subsidi, harga turun naik menurut harga pasaran..setiap pengusaha bebas menentukan harga minyak di pam. Biarpun demikian harga minyak tdaklah mahal berbanding pendapatan penduduk tempatan..Disini ramai yang memilih menggunakan kenderaan awam.
Masjid syiah pun ada. Di negara luar bebas, selain ahli sunnah aliran lain bebas dipraktiskan..Jika mencari masjid bersandarkan carian internet, tidak pelik kita akan dibawa ke masjid- masjid sebegini..Penulis pernah dibawa ke masjid Qadiani juga..
Rumah di Jerman mempunyai basemen., ada ruang berkongsi ada juga khusus untuk penghuni..













No comments:
Post a Comment