click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, March 2, 2026

Santan Raya...

 

Di bawah pokok  banyak kelapa tua mulai tumbuh tunas.. Buah berpucuk ini akan di letak kat mana-mana tanah kosong, ada rezeki hidup dan berhasil lah nanti.. Sekarang ini walaupun cuma 3 pokok,  hasil  tak terlayan... 



Harini mengumpul buah  gugur dan kait buah yang telah betul-betul kering di pokok..Dapatlah 35 biji, kalau dikait buah  tua, hijau kekuningan, rasanya lebih 40 biji, tapi yang ini biarkan saja dulu.






Tak sia-sia beli pengait bergergaji berserta galah boleh laras online..Rm29. Ketinggian boleh capai sehingga 6m.



Daripada 3 pokok, sepokok lebih spesial, saiz buah kecil berbanding dengan 2 lagi sebab bersabut nipis, bila dikupas berbiji besar sama saiz dengan buah yang bersabut tebal.. Mujur mengupasnya, kalau tak dikupas mungkin dibiarkan begitu saja sebab khuatir berbiji kecil.


Buah dikupas dihantar ke pasar untuk diperah santan . Tak sanggup mengukur buah kelapa sendiri. Dah tanya salah satu penjual santan pasar, upah kukur dan perah santan Rm1.30 sebiji...Mahal..

Kelapa dihantar ke penjual satu lagi, yang selalu berurusan dengannya..harga tak tau lagi tapi rasanya tak semahal kedai yang di atas..Cuma penjual perlukan masa..santan tak boleh dapat pada hari yang sama. Argh kita pun bukan terdesak nak guna santan..

Santan yang banyak banyak tu nanti kita kasi sejuk beku..Sekarang santan ori Rm12 sekilo..

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK