Raya Aidilfitri Germany pada 20hb, Jumaat sehari awal dari Malaysia. Seawal 6 pagi telah bertolak ke Cologne untuk bersolat aidilfitri di masjid terbesar eropah, berjarak 80km dari Bochum dan mengambil masa lebih kurang sejam. Berdasarkan congakan akan sempat bersolat kerana rujukan internet solat akan bermula pada 7.30 pagi manakala terdapat sesi kedua pada 8.45.
Menjangkakan terdapat sesi kedua 8.45, tidaklah kita turut bersolat rupanya ermmm masjid berterusan lengang, sesi kedua pun tiada...Info di internet tidak tepat..
Bertemu dengan pelajar Malaysia dari United Kingdom yang sepatutnya bertemu dengan ahli keluarga di sini tapi tak jadi kerana penerbangan Emirate Airline dibatalkan gara- gara perang Israel -Iran, biarpun tempahan penginapan juga telah dibuat.
Terserempak juga dengan Pilot TUDM yang berkursus 3 bulan di Jerman.
Selanjutnya meneruskan sesi bergambar raya di Cologne sementara menunggu solat jumaat 12.30



























No comments:
Post a Comment