click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, March 23, 2026

Europe 26- Giethoorn..


Hari ke 3, 3H2M Belanda. . 

Sehari sebelum raya 2026 ..



Sesudah subuh terus check out hotel untuk menuju ke Giethoorn dalam 1.30 jam pemanduan. Giethoorn merupakan  perkampungan  tanah berpaya  berada dalam  Taman Nasional Wieden, Netherland yang menjadikan bot sebagai mode pengangkutan utama di perkampungan tersebut menerusi jaringan terusan air. Kampung taklah begitu besar.

Terdapat pakej-pakej tour samada menaiki bot beramai- ramai  atapun  bot sewa pandu sendiri.  



Kami memilih bot sewa pandu sendiri  pada kadar 30 euro untuk sejam. Transaksi zaman sekarang serba serbi secara online..langsung tidak bertemu secara fizikal dengan operator. Operator akan mengaktifkan enjin berkuasa elektrik bot juga secara online..Demamlah jika kita buta IT..






Dari 3 tempat lawatan Zaandam, Amsterdam dan Giethoon, Giethoorn paling teruja untuk ke sana, kerana  sering muncul dalam promosi pelancongan Belanda..Paparan foto-foto internet  juga  tersangat menarik . Namun bila tiba suasana tidaklah sebagaimana digambarkan.. Cantik memang cantik tapi tidak secantik yang ditonjolkan.Mungkin lawatan musim dingin tidak menampilkan suasana ceria..Pokok-pokok belum berbunga . Ini yang dikatakan persepsi berlebihan boleh memusnahkan harapan




Lokasi sama pada musim berbeza...Ketika musim bunga, suasana lebih ceria berbanding musim dingin yang suram..

Setelah hampir selesai tour, enjin bot tetiba padam, mujur sudah tak jauh ke jeti..terpaksa berkayuh menggunakan tangan sambil menolak  tebing terusan. Operator memaklumkan ada kayu tersangkut pada kipas enjin.



Pulang semula ke sarang Bochum Germany...Berbanding Belanda, pemanduan di Jerman lebih selesa sebab hadlaju lebih tinggi..Tapi jem di Jerman ada ketika tersangat teruk..Autobahn Jerman yang dikenali tiada hadlaju sudah tiada makna  bila kenderaan sesak di lebuhraya...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK