click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, March 30, 2026

Europe26- Rutin Perantau..




Beberapa daerah Jerman ataupun eropah dah pernah dikunjungi, suasana persekitaran lebihkurang sama. Keterujaan untuk meronda April nanti tidaklah sehangat pertama kali bertandang..
Dah dapat bayangkan rupa bandar yang bakal dikunjungi April nanti..Bandar- bandar lama dah tentu dihiasi dengan rekabentuk ala ala gothic seperti cathedral.

Kunjungan nanti sekadar merasai suasana baru di tempat berbeza..sudah puas jika dapat menjejakkan kaki ke sesatu destinasi.   Sudah cuba meneliti senaraian tempat- tempat menarik yang dicadangkan online, hati kecil tetap berkata, lebihkurang sama saja dengan destinasi terdahulu.


Memanfaatkan pas kembara Jerman, ingin meronda bandar besar seluruh Jerman menaiki tren atau bas awam .Bercadang bermalam 2 malam di setiap destinasi..Destinasi masih boleh ubah, jadi  tiada tempahan hotel dibuat. Kelebihan menerjah destinasi kita tidak terikat dengan jadual..


Biarpun  diperantauan rumah yang ditinggalkan dipantau juga oleh jiran jiran. Apabila   memotong rumput,  halaman rumah kita turut dipotong juga. sekarang zaman mudah, bayaran boleh dibuat secara online...

Gambar gambar semasa  dikirim, biarpun teringat kita masih boleh mengawal keinginan untuk pulang..



Suasana solat jenazah sesudah solat Jumaat

Melainkan aktiviti kebun, rutin kehidupan harian lain berjalan seperti biasa, sekadar berbeza lokasi . Di sini masjid pun berdekatan.

Untuk mengelakkan kebosanan meronda ronda bandar atau kawasan berdekatan..








Makan-makan pula masih menepati selera..Biarpun bermastautin lama, kebosanan lambat menerpa...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK