Trip Berlin kensel, berkejar-kejar sangat untuk ke sana, jadi tambah satu malam lagi di Hamburg..
Hamburg merupakan bandar terbesar utara Jerman. Bandar pelabuhan dan kawasan industri juga..
Hostel kami berada di kawasan industri tak jauh dari pusat bandar dalam 3km. Ke stesen berhampiran hanya 2 minit berjalan kaki..
Untuk ke pusat bandar lebih mudah menaiki tren, ambil pas harian zon bandar dalam 17 euro untuk 3 orang. Jika membawa kereta caj parking pun lebih kurang itu sehari..
Jaringan pengangkutan awam Jerman sangat meluas sebab itu trafik di kota- kota sangat santai kerana orangramai lebih memilih pengangkutan awam. Di hiway ataupun kawasan rehat lebih dipenuhi trak berbanding kereta..
Meronda kota Hamburg...
Bandar dan rupabentuk bangunan Jerman lebihkurang sama saja...
Malam menginap hotel luarbandar, juga di kawasan kilang..Rm315 satu malam dilengkapi katil queen dan single..Arghh boleh lah tu..
Begitu juga dengan makanan, ..Muslim ramai terutamanya keturunan Tuki..muslimah bertudung di sana sini.. tak risau dengan makan halal, premis perniagaan muslim lain pun banyak..
Rasa makanan memenuhi citrasa tekak. harga di eropah sebenarnya tidaklah tersangat mahal setelah mengambil kira size.. Harga eropah lebih mesra otak..bunyinya macam murah..Hidangan kami satu pinggan dan satu talam mini ini hanya 73 euro.., setelah ditukar ermm RM 350...Hidangan ini sebenarnya cukup untuk makan berenam. Makan bertiga tak habis, dibawa balik untuk makan malam kira berbaloi juga..
Size menu eropah boleh dikongsi berdua untuk orang asia..
Malam menginap hotel luarbandar, juga di kawasan kilang..Rm315 satu malam dilengkapi katil queen dan single..Arghh boleh lah tu..


























No comments:
Post a Comment