Selain nenas, sebahagian pokok pisang sedang berbuah..pokok pisang Abu pertama kali berbuah.. pokok pisang tanduk generasi ke 3 baru berbuah..pisang lemak manis , pisang Serendah ada yang baru mengeluarkan jantung dan ada yang menanti matang..walaupun saiz tandan tidak sehebat generasi pertama, tapi boleh lahh..
Tuesday, January 21, 2025
Nenas Mini...
Selain nenas, sebahagian pokok pisang sedang berbuah..pokok pisang Abu pertama kali berbuah.. pokok pisang tanduk generasi ke 3 baru berbuah..pisang lemak manis , pisang Serendah ada yang baru mengeluarkan jantung dan ada yang menanti matang..walaupun saiz tandan tidak sehebat generasi pertama, tapi boleh lahh..
Wednesday, January 15, 2025
Terong Pipit...
Berbuah sepanjang masa.. biji yang gugur menumbuhkan pokok baru. Lagi dicantas lagi banyak tumbuh tunas baru dan menghasilkan ranting untuk buah baru..pokok jika tidak dicantas akan rebah juga kerana ranting rapuh menampung beban.
Sesuai dihabitatnya biar pun tumbuh dicelah batu..
Hasil tuaian pokok yang tumbuh meliar...jika dinilai dengan wang ringgit rasanya melebihi RM 15 untuk tuaian ini
Nikmat tuhan apa lagi yang ingin didustakan..
Tuesday, January 14, 2025
Pam Angin...
Selain peralatan mengganti tayar, rantai penyelamat/ chain block... peralatan asas lain Kembara Kebun wajib ada adalah pam angin. Membeli yang paling asas. Biarpun terdapat pam angin dilengkapi dengan meter tekanan, tetap memilih tanpa meter kerana berharga jauh lebih murah..Bersaiz sama, harga dilengkapi meter tekanan Rm54, tanpa meter Rm27. Dalam keadaan terdesak cukup mengepam tayar janji boleh sebelum mengepam sepenuhnya di stesen minyak berdekatan.
Tuesday, January 7, 2025
Servis Kancil...
Antara 5 kenderaan mampu milik yang masih gagah dijalanraya dan berada diposisi teratas adalah Kancil. Suka melihat kereta ini dijalanraya..Comel..Asalkan dijaga dengan baik kereta ini jarang memberi masalah..Penjagaan dan minyak pula mesra poket..setakat untuk penggunaan harian, Kancil adalah terbaik..Mileage terkini 181500 KM.
Sesuai dengan peningkatan usia terdapat kebocoran minyak enjin, tapi tidak serius..asap ekzos berbau minyak dengan warna keputihan menandakan enjin mulai bermasalah dan perlu di overhaul..Kembara Kebun sesudah di overhaul kini sangat selesa dipandu..Selain enjin sistem cut off aircond adakala tidak berfungsi dengan baik.
Setelah ditimbang- timbang hati berat ke arah menukar enjin halfcut. Semua sistem termasuk gearbox, aircond dan kemasan dalaman ditukar kepada model enjin lebih moden dilengkapi turbo. Rasanya mau disolek luaran juga ..pasang skirting, tukar rim baru lebih besar supaya lebih berketerampilan...
Fuh walaupun usia makin meningkat, semangat kena muda..
Monday, January 6, 2025
Jerat Tak Pernah Lupa Mangsa..
Setelah dipasang perangkap getah..sah mengena, patutlah bau najis tersangat busuk, tikus besar rupanya..setanding dengan tikus-tikus ketika membela ayam dahulu.
Untuk mematikan segera, jemur tikus dibawah terik matahari.
Tak sangka burung ini turut melekat terkena perangkap getah...mungkin terperangkap ketika ingin memangsakan bangkai tikus.
Kita tidak bermusuh dengan burung, jadi getah yang melekat dibersihkan seboleh mungkin..yang melekat dibulu memang tak boleh dibersihkan sepenuhnya, burung boleh bebas tapi tak pasti samada boleh terbang kerana helaian bulu kepak melekat.
Seketika saja burung sudah tidak dapat dikesan keberadaannya...walaupun tak boleh terbang tapi masih mampu melompat untuk mencari rezeki..
Friday, December 27, 2024
Pasu Bunga...
Bila ke pasar membeli bahan dapur dan buahan, terasa sayang sungguh mengeluarkan duit untuk membayar..ubikayu rm5 sekilo, dah lebih mahal dari beras, betik sebiji saiz sederhana hampir rm7, nenas besar sedikit dari penumbuk harga RM4..meninjau harga sayuran ulam Raja , serai, halia kunyit dll serba serbi mahal.
Untuk mereka yang mempunyai ruangan bertanam, semua yang dinyatakan diatas boleh ditanam sendiri
Terkilan sangat membeli betik dan nenas tadi, terus menyinggah kedai RM2.4 membeli pasu..2 jambul nenas belian terdahulu telah tumbuh akar dan boleh dipindah ke pasu..Jambul belian nenas baru akan disemai dalam bekas air sehingga berakar. Tak sangka nenas yang ditanam dipasu membesar dengan baik.. penjagaan tak sesusah tanam terus atas tanah, terutamanya membersihkan rumput disekeliling
3 Anak pokok betik dah dipindahkan kelapangan Rumah AG, ada 2 pokok lagi yang belum dipindahkan..sedang mencongak dimana harus ditanam.. dicampur pokok di Rumah BCH ada 9 pokok kesemuanya..Jika berbuah semua makan tak habis . Tanam di kebun bukit semuanya di musnahkan monyet..Rumah berkawasan, tapi betik terpaksa membeli adalah satu kerugian..Membeli betik tadi sebab betik dipokok belum ada yang matang.
Jom jom berkebun...



















