click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, October 4, 2010

KAYUHAN OFFROAD-TREK LADANG WATERFALL

Sebagaimana dirancang, hari Sabtu 2hb Okt aku berkayuh offroad lagi..Kali ini laluan yang dipilih adalah Ladang Waterfall.. Kedudukannya adalah diantara Bandar Country Homes Rawang dan Bandar Sg Buaya,Hulu Selangor,Selangor. Panjang keseluruhan trek adalah 35-40km..Pengalaman yang menyeronokkan kerana laluan merentasi pelbagai cabaran melalui bekas lombong, ladang getah,ladang kelapa sawit, ladang sayur,denai hutan dan perkampungan orang asli..Kami sedang berkira-kira untuk mengadakan jemputan kayuh santai ditrek ini di masa akan datang.. Pagi itu 8 pagi, setelah bersarapan bersama rakan, kami memulakan kayuhan ke trek dinyatakan..Tujuan asal adalah mencuba jalan pintas ke Bandar Sg Buaya.. setelah membuat beberapa kali panggilan kepada rakan berbasikal lain,kami tiba di Bandar Sg Buaya dan di sambut oleh rakan kami Sdr Kasren..Kami turut dikenalkan dengan geng berbasikal Sg Buaya yang baru sahaja selesai berkayuh dan menjamu hidangan raya dirumah salah sorang peserta..Rezeki..! Setelah penat berkayuh ni apa juga hidangan memanglah menyelerakan..Sambil makan sambil berborak..Seperti biasa topik dibincang mesti pasal basikal..basikal..dan basikal..! Dipertemuan itu kami sempat bertanya lanjut tentang trek Ladang Waterfall ini..Kami tidak menyangka kayuhan kedua offroad ini menemukan trek yang menghidangkan pelbagai cabaran mendaki dan menurun laluan curam, merentasi laluan berselut, laluan sempit dan pelbagai lagilahh..pendek kata rintangan perlu diatasi dengan penuh konsentrasi..mental dan fizikal Ha..ha

Aku tidak menyangka rupanya ramai komuniti berbasikal di luar sana ..aku telah menyertai mereka..anda bila lagi..?

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK