click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, March 18, 2026

Europe 26- Zaandam




Hari pertama bersahur di bumi eropah, pukul 5 pagi dah masuk subuh. 

Di Eropah tak perlu khuatir pasal makanan halal, ramai muslim..Harga pun tak begitu mahal..Set nasi arab kambing begini 18 euro, jika set ayam dalam 16 euro..Saiz hidangan cukup untuk 3 orang...


Bawa banyak jajan  dari Malaysia untuk jamuan raya bersama pelajar Malaysia berdekatan.


Tipikal suasana kawasan perumahan eropah. Ketika ini musim sejuk baru memasuki  fasa akhir namun cuaca  masih dingin..7 deg celcius


Kita orang kebun..sejukk


Sewa kereta kompak seminggu dalam Rm1800.


Apartmen penginapan anak bersaiz studio, cukup selesa untuk dijadikan markaz trip. Biar pun apartmen asas tanpa perabut sewa 480 euro sebulan, sangat berbaloi berbanding pendapatan wargatempatan..


Tak sempat berehat anak dah susun jadual trip

Harini ke 2 memulakan trip ke Amsterdam, pemanduan dalam 3 jam lebih..

Memandu sebelah kiri sedikit mencabar lebih lagi memandu kereta manual. Tempahan  kereta auto tiada stok..di eropah kereta auto tidak popular sebagaimana di Malaysia.




Pemanduan di eropah tidak enjoi kerana hadlaju sangat rendah..biarpun dikatakan autobahn tiada hadlaju, hanya  jarak yang sangat pendek..,rata- rata tidak melebihi 100km/j, banyak juga 80km/jam..kawasan pembinaan 50kmj..jika memasuki bandar 30kmj..Kenderaan banyak tapi berdisplin.

RnR pun tidak semeriah Malaysia..jauh beza. di sana sekadar ada.


Disebabkan tiada tol, penggunaan tandas RnR pun berbayar..tapi percuma jika membeli barangan dipremis .

Destinasi hari ke 2, Zaandam.. bandar kecil berhampiran Amsterdam dengan bangunan bangunan unik beraneka warna.




















Terdapat deretan premis makan-makan dan pusat belibelah..Yang menarik terdapat premis makanan halal..Tak sangka  penduduk tempatan berhijab  boleh dikatakan ramai..





Primark juga terdapat disini..Di eropah Primark merupakan pusat beli belah mesra poket walaupun setelah dikira tukaran wang..


Kasut sukan ini berharga 12 euro.  Mereka yang tidak mementingkan jenama, produk sebegini sudah memadai..Setakat penggunaan 2-3 tahun kualiti begini sudah sangat berbaloi.


Seluar jean 20 euro, Tshirt 15 euro..pakaian budak 18 euro..jika ditukar kadar tukaran wang, harga hampir sama  di tanahair..Biarpun tanpa jenama terkenal, kualiti sangat bagus..




Mungkin penduduk muslim ramai di daerah ini..di supermarket ini banyak produk halal termasuk daging. Di Primark tadi terdapat gantungan ucapan Eid Mubarak..






Penginapan kami di butique hotel ala ala homestay pinggiran Amsterdam. Penginapan 2 malam 200 euro. Di eropah biarpun harga murah berbanding hotel namun kualiti tidak diragukan. Cuma sedikit leceh kerana segalanya perlu dibuat secara online, langsung tiada kontak fizikal dengan pengusaha  termasuk mendapatkan kunci..Bagi yang tak biasa sangat tidak sesuai ..


 Tiada yang percuma di Eropah biarpun di kawasan ceruk. Kadar parking di pusat belibelah biasanya lebih murah berbanding di parking awam...



1 comment:

  1. Sambut raya di luar Malaysia kali ni.. memang berwarna warni rumah nya..cantik pula tu

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK