click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, March 27, 2026

Europe26- Kereta Sewa


Rasa macam sekejap tapi lebih seminggu sudah berlalu..Rabu, anak ke 4 perlu balik ke Malaysia. Kami melanjutkan bermastautin sehingga 26 April nanti.

Sesudah menghantar anak, pulangkan kereta sewa . Selepas ini semacam tiada keperluan menyewa kereta lagi...Perbelanjaan minyak untuk seminggu 270 euro..Keseluruhan sewa kereta termasuk parking dalam 770 euro..

Untuk ronda- ronda Germany bulan April sudah membeli kad kembara bulanan 65 euro seorang..Sah untuk meronda seluruh Germany tanpa had kecuali keretapi laju..Sementara itu melepak atau berjalan berhampiran rumah anak saja..

Seminggu memandu di eropah  masih belum selesa sepenuhnya..Kalau nak diikutkan pengalaman memandu sebelah kiri, banyak kali juga memandu di kota besar..Kemboja pernah begitu juga di Kanada dan US, Iceland pun pemanduan sebelah kiri,  tapi masih lagi cuak ketika memasuki simpang, khuatir termasuk salah lorong. 

Mujur hiway disini tidak bersimpang siur sebagaimana di Kuala Lumpur, jadi kebarangkalian tersesat arah  adalah rendah..Pemandu disini pula rata-rata sangat berdisplin sentiasa mematuhi hadlaju..

Ketika di hiway walaupun kedapatan hadlaju tanpa had, diperhatikan biar pun ada, tapi tak ramai yang memecut, kita membawa kelajuan 140kmj rasa dah tersangat laju sebab dapat memotong banyak kenderaan  lain..Apabila hadlaju diturunkan kepada 120kmj atau kurang masing masing memperlahankan kenderaan..tiada yang mencucuk lagi dibelakang...

Di bandar hadlaju tidak lebih 50kmj...Bila masing-masing memperlahankan kenderaan kita pun dapat membaca arah dengan tenang..

Hiway sini seringkali juga mengalami kesesakan yang teruk samada kerana kerja pembinaan atau kemalangan atau hiway menyempit. Menyaksikan kemalangan di hiway..trafik terhalang total..Begitu ramai pasukan penyelamat seolah dikerah dari seluruh daerah termasuk helicopter.. Mana yang sempat trafik dialirkan ke exit terdekat..

Harap bertambah keyakinan dengan  pengalaman memandu di sini..Kotlah nanti ingin menyewa kereta di negara lain pula...

Tapi kalu boleh malas dah nak memandu.. Setiap negara pasti perangai berbeza..

1 comment:

  1. Selalu tengok TV, di luar negara..memang rata² pemandu nya berdisiplin, ikut had laju yang ditetapkan..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK