click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, March 12, 2023

Europe D16- Katowice Poland

 10-17Mac trip Iceland. 

Trip yang disusun anak dan 2 rakan sekampus. Bila ada yang menyusun trip, sebahagian urusan boleh dilepas tangan, tidak ambil kesah pasal urusan belian tiket, check in flight, mendapatkan boarding pass online dll. Hanya urusan hotel dan kenderaan kami yang uruskan sejak dari Malaysia lagi. Kos dikongsi bersama melainkan sewaan berserta minyak kenderaan. Mak bapak sponsor...





Trip ini akan mengelilingi pulau  dengan keseluruhan jarak hampir 2000km, bergilir memandu suv sewa dengan rakan sekampus anak. 7 malam akan menginap di 7 penginapan berbeza. 


Itinerary Iceland   ingin melihat keajaiban alam namun perlu disesuaikan dengan kudrat orang berusia. .Anak-anak muda akur sebab itu penginapan kami yang cari. Singgahan tempat menarik hanya yang boleh diakses dengan kenderaan. Tiada aktiviti hiking. Lagipun  tempoh singkat 7 hari memang sukar untuk melakukan aktiviti hiking. 

Apabila urusan flight anak-anak yang uruskan dengan kos dikongsi bersama,  dicari yang paling menjimatkan sesuai dengan bajet anak muda. Kalau kami yang cari dah tentu sedikit berlebih kurang  mencari flight terus Germany- Iceland, biar cepat sampai walaupun sedikit mahal. Dah  lenguh punggung terlalu lama duduk dalam kapalterbang.  






Flight melalui Dortmond Airport. Bergerak awal pagi jam 4.30 dan terdapat kelewatan tren Bochum-Dortmond, terpaksa kami menaiki teksi caj €80.

Flight kami hampir sepuluh jam termasuk transit di Poland selama  5 jam.  Hanya 3 jam lebih jika penerbangan terus. Kesempatan transit lama, meronda ke  Katowice salah satu bandar besar Poland.








Mengopi sambil menjamu roti di Katowice Central 30km dari airport sementara menunggu flight berikutnya ke Iceland.  Menaiki teksi Rm120  kerana beg besar dan berat. Kadar duit Poland sama dengan RM. Semakan sepintas lalu di sini mendapati barangan hampir setara dengan di tanahair. Cuma disini gaji minima RM2800...






Balik semula ke airport menaiki bas awam RM 13 saja untuk 3 orang.


Oklah ..Walaupun sebentar di Katowice, kami pun tak pernah menjejakkan kaki di Poland lagi...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK