click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, March 2, 2023

Europe D6 ctd-Jeronimos Monesteri

Monumen Padrao Dos Descobrimentos dibina  sejak 1940an untuk mengingati pelayar- pelayar Portugis yang menjelajahi dunia antaranya Vasco Dagama,  tidak jauh dari Belem Tower.



Yang menarik perhatian penulis bukan monumen tapi jambatan gantung merentangi muara sungai...Jurureka jambatan adalah sama dengan Jambatan St Fransisco Amerika Syarikat.  





Destinasi perlayaran mereka dicatat di dataran peta berhadapan dengan monumen. 



Satu lagi tempat menarik tersenarai adalah Jeronimos Monesteri. Mungkin akan lebih mempersona jika tau sejarah bangunan ini..Ciri- ciri binaan hampir sama dengan Bangunan Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur . Kami bergambar sebab bangunan dan taman yang cantik hehe.










Mujur kamera tanpa filem, asyik berfoto sana sini walaupun perut sudah berkeroncong semakin kerap...

Tempat makan banyak, tapi tak halal. Mencari restoran halal mudah dengan google map, siap mencadangkan bagaimana untuk ke sana. Paling senang memang menggunakan metro, tidaklah tepat sampai ke destinasi dan sebahagiannya perlu  berjalan kaki. Menaiki bas  walaupun  lebih pantas tapi susah mencari hentian bas yang dicadangkan.








Bab makan memang mudah di eropah. Restoran ini diusahakan oleh warga Bangla yang berkahwin dengan orang Indon. Saiz hidangan cukup besar untuk makan berdua. Harga set makanan antara 6-12 euro... Oklah tu..anggap saja 6-Rm12




Sesudah makan terus balik. Berpandukan google map, rupanya restoran tak jauh dari penginapan kami, leceh menaiki  kenderaan awam lagi, walaupun stesen metro berhampiran sangat leceh turun naik tangga atau escalator, adakalanya escalator rosak. Kami berjalan kaki saja tak lama sekitar 6 minit dah sampai.


 

Esok pagi meronda lagi...

1 comment:

  1. Jeronimos Monastery tu tempat Vasco da Gama, pelayar Portugis (dan juga Eropah) yang pertama sampai di Asia disemadikan. Dia meninggal di India, tapi jasadnya dibawa balik ke Portugal selepas itu. Saya pernah melawat tempat dia disemadikan di Kochi, India. Kejayaan Vasco da Gama sampai ke India inilah yang membuka jalan untuk Portugis menakluk Melaka selepas itu.

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK