click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, March 7, 2023

Europe D11- Bayswater

London memang destinasi popular dikalangan orang Malaysia, bahkan seluruh dunia. Di Central London dipenuhi pengunjung luar. Toleh kanan kiri peluang bertemu dengan orang Malaysia adalah cerah.

Mungkin serba serbi mudah, tiket ulang alik jika menempah awal tidak begitu mahal disebabkan banyak penerbangan ke sana. Makanan halal senang diperolehi, masjid banyak, pengangkutan awam superb, penginapan memang mahal tapi banyak pilihan samada hotel atau bilik airbnb, untuk lebih murah boleh mencari penginapan di zon yang sedikit jauh dari Central London. Sedikit jauh tak mengapa sebab semua tempat dihubungkan dengan rangkaian pengangkutan awam yang efisien.  






Hari ke 3 London berpeluang bertemu dengan anak jiran setaman yang melanjutkan pelajaran di sini. Tempat pertemuan di restoran masakan Malaysia Med Salleh Bayswater. Bayswater popular dikalangan orang Malaysia kerana dulu disinilah tempat bertemu kerana Pejabat Pelajar Malaysia UK atau MSD berada disini.  Restoran masakan Malaysia ada di MSD.  Kini restoran Malaysia semakin banyak di London.

Selesai makan-makan bersama anak jiran, sambung meronda di Oxford Street. Bukan ingin membeli sangat sekadar mencuci mata. Oxford Street destinasi membeli belah popular London, sebagaimana Bukit Bintang di Kuala Lumpur... ramai warga luar berpusu pusu disini dengan tangan menjinjing beg shopping.

Gelandangan, peminta sedekah , artis jalanan , pencopet semuanya ramai.

Bayswater pula tidak jauh dari oxford Street.









Sementara itu awal pagi dah keluar ke Central London merayap ke tempat lain dahulu.

Tower Bridge destinasi wajib London. Kami belajar di sini, selain kunjungan ini adalah ulangan ke 3 jadi tidak begitu teruja meronda seluruh London ditambah dengan kudrat yang semakin kurang.. 

Kami suka menjadikan London sebagai transit untuk meronda ke destinasi lain Eropah kerana tiket dari sini lebih murah. Tiket untuk ke Afrika utara seperti Morocco, Algeria dsb juga lebih murah atau hampir setara jika melalui London berbanding terus dari Malaysia. Dulu melawat anak belajar di Mesir kami transit London dan Barcelona. Begitu juga ketika berkunjung selatan Itali, Napoli, mengambil kesempatan adik yang belajar disana, juga melalui London. Tiket jauh lebih berbaloi berbanding bandar Eropah lain.


















Kalau di tanahair memang taklah meminum kopi di starbuck sebab banyak pilihan lain lebih murah, disini tak terasa pula mahal, kopi dan sandwich vege hanya £7, anggap RM7 sajalah...Lega dapat menghirup kopi panas sambil melepak, lari dari kesejukan 5 degree diluar sana.












Tak larat meneruskan ronda ronda kami balik..simpan tenaga untuk besok.

Esok teruja melawat Battersea, projek kejiranan baru di kawasan bekas janakuasa arang batu London milik PNB dan KWSP Malaysia.


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK