click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, March 8, 2023

Europe D12-Battersea

Dalam banyak-banyak kunjungan London, lawatan Battersea Power Station yang paling mengujakan. Projek milik konsortium Malaysia PNB, KWSP , Sime Darby dan SP Setia dibangunkan semula dengan kos £9B. 

Pembangunan bersepadu di tapak berkeluasan 42 ekar bekas tapak loji janakuasa arang batu London  mengambil masa selama 10 tahun.

 Pengubahsuaian loji janakuasa menjadi pusat membeli belah di tiga aras pertama,  ofis serta unit kediaman di aras seterusnya mengekalkan ciri-ciri asal luaran manakala bahagian dalaman masih mengekalkan ciri-ciri unik janakuasa.  Salah satu serombong loji dibina menara tinjau menyajikan pemandangan 360 darjah Kota London. 

Persekitarannya dibangunkan lagi dengan apartmen kediaman  dan ofis.



Melihat kepada paparan sejarah  Battersea, loji janakuasa dihenti operasi sejak 1983. Bermula dari itu terbiar dan tapak telah beberapa kali bertukar milik firma antarabangsa, gagal dimajukan sehinggalah Konsortium Malaysia mengambil alih tapak pada 2012 dengan kos £400m.

Kini Battersea  menjadi mercutanda baru Kota London yang secara rasmi dibuka kepada umum pada  Oktober 2022.


 






Banyak pilihan untuk ke Battersea dari central London,  kami memilih menaiki bas. Sambil mengelak turun naik stesen tube lagi, menaiki bas boleh menyaksikan pemandangan luar.




Atas tanah, bawah tanah, Battersea boleh juga di akses menggunakan laluan sungai, tiket lebih mahal hampir £10 seorang. Balik kami menaiki teksi air ini sambil ber river cruising Sungai Thames.







Bekas ruang Turbine B untuk bershopping...



Bekas ruang Turbine A untuk makan- makan


Panggung wayang di aras 3. 







 Jangan bimbang pasal makan, Kiosk halal ada...







Apartment bukan untuk orang biasa- biasa... paling murah studio unit £890k+, termahal dalam £6m+, seperti biasa penduduk tempatan memprotes sehingga mendapat perdebatan parlimen kerana diluar jangkauan rakyat marhaen. Menurut bacaan internet, pemaju mendakwa 94 peratus dari 1600 unit terbina telah terjual. Apartment akan dibina sehingga 4000 unit.

Tak kesahlah banyak mana, kita datang untuk menengok saja hehe.




No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK