click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, March 18, 2023

Europe D21- Fadrargljufur Canon danBlack Sand Beach

Kembara hari ke 6 Iceland diteruskan...

Singgahan ke 3  adalah Fadrargljufur Canyon.. susah nak eja apa lagi nak sebut. Di utara  singgah di Studlagil Canyon. Berbeza di utara yang jelas kelihatan tiang tiang basalt disini tidak kelihatan. Mungkin ada dijajaran lain.




Walaupun salji sudah mencair , sejuk bukan kepalang. Bertambah memeritkan bila angin bertiup kencang..







Studlagil Canyon di utara lebih terpencil berbanding di selatan yang tidak jauh dari jalan utama. Tidak hairanlah di selatan lebih ramai pengunjung.










Keindahan yang dirakam tidak sama dengan melihat melalui mata kepala sendiri.., mungkin lensa kamera sangat terbatas..

Singgahan berikutnya di Black Sand Beach..

Uniknya pasir pantai di Iceland berwarna hitam hasil letusan gunung berapi..





Selain pasir menghitam, kelihatan jelas bentukan sempurna tiang tiang basalt . Kagum dengan kejadian semulajadi alam bagaikan dibina menggunakan pencetak. Allahuakhbar...



Gua dengan bentukan geometrik unik sangat menakjubkan.  




Pengambaran Filem Hindi Diwali dibuat ditempat menarik di selatan antaranya di Glacier Lagoon, Gullfoss dan Black Sand Beach

 








Mukabumi Iceland terbentuk hasil letusan gunung berapi..pokok pokok hanya ada dikawasan penempatan..itupun yang ditanam..mukabumi tempat lain sekadar gunung ganang dan lembah tanah kosong dengan rumput padang ragut..


Pemandangan kesan letusan gunung berapi yang terakhir pada 2014 jelas kelihatan di kiri kanan jalan ..tiada lagi liputan salji dilaluan sebelah selatan.... 

Pemanduan di selatan lebih santai, lagipun jarak pemanduan hari ke 6 walaupun agak jauh,  5jam lebih..pemanduan dan  singgahan di buat dengan rileks.




No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK