click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, March 20, 2023

Europe D23- Iceland Central Mosque

Lecehnya melawat Iceland berbanding eropah, SEBUTAN mata wang Iceland adalah besar, ribu ribu. Secara psikologi kita asyik tercongak kadar tukaran matawang. Sebutan euro dan pound lebih mesra telinga. 1000 Iceland bersamaan €150 atau RM33. Bukan saja sebutan besar, barangan pun giler mahal. Serkup kepala di Germany sekadar €4 di Iceland 2000+. Minyak di Germany €1.7 di Iceland 330 lebih...

Dalam trip ini kos kenderaan dan minyak yang dijangka lari dari bajet. Insuran tersangat mahal sekali ganda kos sewa kenderaan. Kos saman tak terkecuali...terlupa diselitkan didalam bajet asal.

Kebab juga Fish n Chip 2300 lebih, 2 kali ganda mahal berbanding europe dalam €12-17, jika saiz hidangan diambil kira. Walaupun eropah mahal tapi saiz hidangan adalah banyak mencukupi untuk 2 orang...Di Iceland tersangat kedekut seorang pun tak cukup. 




Menghabiskan waktu hari ke 7 dan ke 8 di Reykjavik kerana penerbangan malam 8.40 dan kereta sewa  dipulangkan pukul 5 petang.



Sesudah mengakhiri kemuncak lawatan hari ke 7 kami makan- makan di Restoran Shalimar Pakistan Tandoori & Curry House. Oklah kot sesekali meraikan pengakhiran lawatan. 3 set hidangan nasi berserta lauk ikan dan ayam untuk 5 orang bil hampir Rm800..Whoaaa.. hampir 2 kali ganda kos membeli bahan mentah untuk makan- makan sepanjang seminggu di Iceland. 

Di Malaysia kita sering merungut terkuis-kuis isi,  tomyam terlebih banyak bawang dan serai... Di Iceland selain mahal giler, semangkuk kecil kari,  hanya terdapat 4,5 ketul daging sebesar hujung ibu jari..

Bila meronda terasa bersyukur kehidupan di negara sendiri.




Pandang simbol P ini teringat saman parking yang diterima di hari pertama..Masih musykil kenapa. Penyedia kereta sewa menyarankan supaya berhubung dengan authoriti dengan menyertakan gambar dan resit bayaran parking. Mungkin berlaku kesilapan.



Khamis, berkesempatan melawat masjid besar  Iceland.  Berbanding di Lisbon yang lebih sepi, disini dapat solat berjemaah bersama imam. Melihat program yang dipamirkan di papan kenyataan boleh tahan aktif komuniti muslim disini.


Bersolat Jumaat bersama komuniti muslim Iceland.

Di Iceland terdapat lebihkurang 4000 muslim, majoriti orang arab.
Imam muda berkhutbah  dalam bahasa arab dan english dikhutbah ke 2. Ketika solat, jemaah melimpahi  ruangan solat utama



Bertemu dengan Msian di setiap  lokasi kunjungan Lisbon, London bahkan Reykjavik ini. Rasa sangat teruja dapat bertemu rakan senegara di luarnegara.


Bersana warga Indon yang telah 30 tahun bermastautin di Reykjavik. Berdasarkan perbualan  memang mereka  ingin terus menetap disini. Sebelum ini bertembung dengan pasangan muda Indon yang berkerja di Austria. 

Sepanjang musafir Iceland, kami menginap di homestay, rumah kelihatan kos rendah di luar tapi seperti hotel didalam..Melihat kebanyakan rekabentuk luaran rumah- rumah di sini tersangat ringkas...

Peralatan serba lengkap, boleh membasuh pakaian dan memasak sendiri..bahan mentah boleh diperolehi di supermaket, sebahagiannya seperti perencah  dibawa dari Malaysia. Walaupun barangan serba serbi mahal, berbanding makan di restoran, bajet masak sendiri dapat dikurangkan dengan sangat banyak.

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK