click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, March 15, 2023

Europe D19-Akureyri Iceland

 


Air terjun Granfoss...






Salji turun sebelah malam walaupun tak begitu lebat..


Fuh semalam tenang rupanya harini membuat hati dug dag...dug ..dag kencang... jalan sempit , semakin sempit bila terdapat runtuhan salji.. banyak laluan tepi gaung atau tasik, ada ketika jalan sepenuhnya dilitupi salji, angin kuat, bila ribut salji datang pemandangan tak lebih 1mtr..bayangkan.

Dalam perjalanan itu menyaksikan lori terbabas dan beberapa kenderaan kemalangan. Mulut memang tak lepas komat kamit doa.. dalam ribut salji kesejukan melampau, sekalipun dapat hubungi bantuan, berapa lama mereka boleh sampai... huh harap dijauhkan.



Lega bila sesekali melalui jalan dengan pemandangan seperti ini..tapi tak lama kerana kami semakin menuju ke pergunungan di utara.



Beginilah jalan yang dikira tenang...cuaca tidak menentu..apabila terpandang lagi langit gelap hati tidak keruan.. 15 km terasa seperti 150 km..seolah baki jarak perjalanan tidak bergerak langsung...

Destinasi hari ke 4 Iceland kami di Akureyri...bandar pergunungan di utara, salji masih turun dengan lebat




Inilah kemuncak perjalanan... berkunjung ke air terjun popular Akureyri  Granfoss ..Persekitaran saujana mata memandang atas bawah kiri kanan  salji...salji dan salji..










Perkarangan homestay kami...salji setebal sekaki setengah...salji sesekali berhenti kemudian bersambung turun lagi..





Tapi orang khatulistiwa handal...ambil peluang berkubang dalam salji..

Mereka tak tau yang pemandu hati masih berdebar untuk menghadapi pemanduan esok pula...

Esok akan melalui kawasan pergunungan lagi sebelum menuju ke selatan semula Huhu...




No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK