click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, March 13, 2023

Europe D17-Grundafjorour...


 


Hotel tak jauh dari airport.  Bagaikan rumah kos rendah diluar, villa di dalam. Ruangan cukup besar untuk 6 orang.




Lainlah di negara sendiri banyak tempat makan dibuka 24 jam, disini sekadar menikmati ration yang dibawa., Mee segera...

Sarapan pagi sempat menanak nasi untuk dimakan bersama serunding daging. Bila lapar segalanya lazat. 

Hotel airport Katlavik sekadar transit. 




Tidak sebagaimana trip terdahulu yang banyak melepak dihotel, trip Iceland ini setiap malam menghuni dilokasi berbeza. Destinasi berikutnya adalah Grundafjavour.

Singgah di Reyjkavik terlebih dahulu untuk menambah ration. Lokasi seterusnya sukar mendapatkan bekalan dan mahall..Pemanduan ke ibubegara Iceland ini mengambil masa dalam 50 minit.






Dah alang- alang membayar parking untuk 2 jam, sambil berbelanja ration, merondalah juga di bandar Reyjkavik. Ibarat rukun melawat Iceland, bergambar di mercutanda. Hari ke 7 Icekand  nanti, hotel transit kami juga di bandar ini. 




Pasaraya keperluan barangan harian BONUS, berlogo oink oink.

Kos tersembunyi bila menyewa kenderaan yang selalu terlepas pandang dalam bajet adalah... SAMAN. Walau dah cuba elak dengan bersusah payah mencari mesin parking, sekembalinya dari meronda dan  membeli ration mendapati tiket saman dicermin kenderaan.




Saman dalam bahasa Iceland, bertanya beberapa peniaga dimaklumkan kenderaan di parking di tempat yang salah. Betul tak faham.. Kami parking didalam petak kosong, terdapat kenderaan lain juga..Tiada simbol 'No Parking'. Sebelum itu dah tanya warga tempatan, semacam tiada halangan. 
Balik melihat tiket saman 10000 Iceland dollar bersamaan hampir €70... 

Denda saman hadlaju tak  tau lagi. Harap- harap tiada.

Kita dah mcm bagi cek kosong kepada penyedia kereta sewa. Saman akan dipotong melalui kad kredit.




Singgahan bandar harini tiada yang impresif , biasa- biasa saja. Semasa menginap hari ke 7 nanti boleh meronda lebih lanjut.





Perjalanan ke destinasi disajikan dengan putihan salji. Pantai, tasik... membeku...






Sejuk bukan kepalang...air permukaan semua membeku..



Bacaan di meter kenderaan suhu diluar -13 degree. Menyucuk-nyucuk..



Fuh betul betul cuak pertama kali menempuh perjalanan ini..Pemanduan merentas kawasan pergunungan semakin sunyi.
Jalanraya semakin lama semakin menebal dilitupi salji, hanya sesekali bertembung dengan kenderaan berlawanan arah...







Alhamdulillah tiba di rumah penginapan...

2 comments:

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK