click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, March 19, 2023

Europe D22 - Gullfoss, Kugafoss and Geysir...

Kemuncak lawatan Iceland hari ke 7 adalah berkunjung tempat menarik sepanjang Golden Circle. Esok hari ke 8 walaupun seharian masih boleh melawat sana sini kami lebih banyak melepak di bilik, hanya anak dan rakan- rakan masih bertenaga hiking gunung untuk melihat volcano. 

Penerbangan kami esok ke Katowice Poland jam 8.20 mlm..kembalikan kereta pukul 5 petang.







Penginapan kami malam ke 7 di Hvolsvollur. Diluar seperti kabin, didalam bagaikan hotel..Penginapan serba baru, persekitaran cantik dengan sistem pemanasan ruang melalui lantai.  Mengambil peluang membasuh pakaian dan menghampar pakaian dilantai saja.


Kelengkapan dapor ada, memasak stok makanan yang masih banyak. Di Iceland pun makan kuey teow goreng



Singgahan pertama hari ke 7 adalah di Gullfoss. Air terjun yang tidak akan terlepas pandang kerana kelihatan dari jalan utama. Pengambaran filem hindi Dewali pernah dibuat disini.



Bertemu dengan 7 orang Msian di sini. Setiap singgahan nampaknya bertemu dengan orang Malaysia.








Tempat menarik lawatan Iceland berkisar dengan alam semula jadi..air terjun, pantai, geothermal dan aurora. Air terjun disini terbentuk akibat berlaku gelinciran dataran menyebabkan mukabumi terpisah kepada beberapa aras semasa aktiviti letusan gunung berapi..(hehe andaian penulis).



Memanjat lebih 200 anak tangga untuk melihat pemandangan puncak air terjun. Macam betul andaian penulis..dipuncak kelihatan sungai mengalir didataran rata...

Berbanding air terjun tanah tinggi yang mengalir di cerun curam gunung, air terjun di Iceland  merupakan  aliran sungai yang  tiba-tiba  terjun menegak ketika melalui aras muka bumi berbeza, fenomena sama seperti di Niagara Falls  USA/ Canada atau Iguazu Falls America Latin.




Singgahan 2 day 
7..Kugafoss. Foss tu air terjun barangkali..setiap airterjun yang disinggah, nama berakhir dengan foss



Air terjun disini pun sama..sungai di dataran luas  tiba- tiba terjun kerana terdapat rekahan perbezaan aras..



Memang tak tahan berada diluar, angin tersangat kencang dan sejuk. Bergambar kebih kurang, bergegas masuk ke dalam kereta..grrr sejukk

Singgahan 3 day 7 Geysir...

Ini adalah kemuncak lawatan Iceland, menyaksikan keajaiban fenomena alam. 










Air panas setiap 5 minit akan meletus setinggi 20 m. Saksikan video yang disertakan di atas..Sungguh menakjubkan.

Nikmat apa lagi yang ingin kamu dustakan...(petikan surah AR-Rahman)

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK