click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, March 27, 2023

Europe D35- Cathedral Cologne

 

Hariini Isnin 27 Mac satu Germany pekerja pengangkutan awam mogok kerana menuntut kenaikan gaji akibat kenaikan kos sara hidup. Menurut pungutan suara umum, walaupun tindakan ini  menyusahkan, ramai yang bersetuju dengan mogok ini.

Bukan saja Germany, mogok  di eropah sudah menjadi perkara biasa. Di Perancis masih lagi panas dengan mogok apabila kerajaan menaikkan umur pengeluaran pencen, seperti kwsp di Malaysia. Di Belanda seluruh warga pengangkutan udara pun pernah mogok tidak lama dulu. 

Di Germany jaringan pengangkutan awam memang dahsyat. Jika mogok memang teruk semua sektor terjejas. Bandar daerah kecil pun dilengkapi dengan tren bawah tanah, atas tanah manakala  khidmat bas awam sentiasa bertali arus. 

Berbanding UK maupun ditempat lain, penulis kurang gemar dengan sistem tiket di Germany. . Di sini perlu  membeli tiket secara manual di mesin kiosk  atau secara atas talian..Ianya tidak begitu mesra pengunjung pertama kali melainkan telah teliti  mengkaji.. Tak tau dimana untuk membeli juga tak tahu tiket perlu diaktifkan dan tak  tahu  di mana perlu mengaktifkan tiket. Jika pemeriksa  mendapati  tiada tiket atau tiket tidak diaktifkan serta merta dikompoun €60..

Kalau di UK atau Malaysia sekadar mengimbas kad prabayar, debit atau kredit di pintu masuk dan keluar saja.. selesai. Di Germany semua orang bebas keluar masuk tanpa melalui gate.

Atas sebab inilah di Germany kami kurang berjalan sana-sini sendirian. Malas mendapatkan info sebab kebanyakan info walaupun ada terjemahan, masih banyak perkataan kekal dalam bahasa German. Dan lagi orang awam tak ramai yang reti berbahasa english.

Cuma bagusnya di Germany seorang pemegang pas musim boleh membawa seorang penumpang secara percuma di hujung minggu selagi berada di negeri yang sama. Anak dan rakan pula berkelapangan, hujung minggu lah kami ke sana sini. Cuma disini hari ahad lebih sepi berbanding hari lain kerana hampir semua premis perniagaan ditutup kecuali restoran.



Sabtu, kami berkunjung ke Cologne ditemani anak dan rakan.  Perjalanan lebih sejam menaiki tren antara bandar dan tren bawah tanah.



Sebelum balik tanahair nanti, ingin mencuba tren laju antara negeri pula.



Fuh saat keluar stesen tren bawah tanah terpegun dengan struktur bangunan cathedral, mercutanda Cologne.  Takjub dengan orang dahulu tanpa bantuan teknologi dan mesin canggih mampu menyiapkan bangunan majestik dengan begitu teliti dan sempurna. Tiada tara berbanding dengan bangunan sekarang.

Cathedral masih lagi digunakan untuk upacara keagamaan penganut kristian katholik.





Dibahagian dalam susunan geometri begitu sempurna...


 
Tak membeli, hanya bergambar..hehe. 
Deretan kedai barangan berjenama di persekitaran cathedral sebahagiannya hanya menerima pengujung yang telah membuat tempahan awal. Tak ada peluang untuk  mencuci mata..



Hah lemah melihat bangunan moden muzium , seperti sebuah gudang..langsung tak masuk dengan cathedral bersebelahan. 


Melihat kepada ciri-ciri rekabentuk, cathedral ini rasanya sezaman dengan La Sagrada Familia di Barcelona Sepanyol yang sehingga kini belum dapat disiapkan.





Bersiaran di pinggiran sungai tidak jauh dari cathedral. Lagi mercutanda Cologne..Köln Bridge.  Cologne dan Köln adalah sama. Köln adalah ejaan dalam bahasa jerman. 

 

Köln Bridge popular sebab terdapat tempat memasang padlock di sepanjang railing jambatan yang kononnya simbol ikatan  percintaan abadi, setelah memasang padlock, anak kunci akan dicampakkan ke sungai..










La Sagrada Familia. Barcelona. Disini dulu hanya bergambar diluar..nak masuk perlu membeli tiket..ermm Cathedral Cologne tiada tiket dikenakan.

Sesudah ini kami akan ke Cologne Central Mosque, masjid terbesar eropah dan pernah menimbulkan kontroversi apabila pertama kalinya azan dibenarkan berkumandang dicorong luar masjid pada hari jumaat




No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK