click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, March 16, 2023

Europe D20- Djupivogur...

 




Rumah penginapan tersangat besar lengkap dengan mesin basuh dan pengering...sempatlah membasuh pakaian.

Pergerakan harini lebih awal kerana pemanduan jauh.

Bimbang jika  malam baru tiba di penginapan ..Ngeri nak memandu malam merentasi pergunungan dalam keadaan cuaca tak menentu. Siang pun tetiba  ribut salji, inikan pula malam. Ketika ribut salji bawa kereta  hampir terhenti sebab pengelihatan sangat terhad..

Singgahan pertama ..Reykjanes Geothermal Hotspring




Geothermal...bau busuk seumpama telur tembelang ataupun  longkang...airsejuk meresap ke rekahan volkano menghasilkan wap panas bersulfur 

Singgahan ke 2 Studlagil  Canyon.. Selebihnya berhenti rehat sepanjang perjalanan.



















Bergambar sama saja..latarbelakang dan persekitaran sama putih, pakaian pun sama walaupun lokasi berbeza.

Setelah beberapa hari, kita sendiri  payah mengenal pasti lokasi berpandukan foto foto..

Cuma nak beritahu apa terakam melalui kemera  tak akan sama dengan yang sebenar..Yang sebenar jauh lagi cantik. Kena  datang sendiri baru boleh memahami apa yang penulis cuba sampaikan...


Ketika ini dah sampai selatan semula bahagian  timur, selepas memandu hampir 6 jam dari Akureyri ke Djupivogur...Tak boleh menyinggah banyak tempat sebab perjalanan jauh, jika menyinggah pun hanya seketika dan ada tempat terpaksa dibatalkan kerana laluan tidak boleh dilalui mungkin salji tebal atau salji runtuh.



Penginapan kami di Djupivogur...Lapisan salji hanya dipuncak gunung. Tapi angin tersangat kencang disini..





Sebelah malam aurora muncul dengan banyak hanya melihat di perkarangan chalet..Tak terambil gambar banyak sebab sangat sejuk dan angin tersangat kencang.









Aurora terakam kategori 2,.yang di ambil sebelum ini kategori 1.  Kategori 3,4 akan nampak jelas berwarna hijau dan jingga..tapi begitu cepat menghilang tak sempat merakamkan dengan kamera.

Esok akan meneruskan perjalanan ke barat...




No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK