click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, March 13, 2023

Europe D16- ..Keflavik Airport Iceland

 


Bye..bye Katowice

Huh memang melenguhkan. 5 jam didalam flight Katowice-Iceland. Semasa di Katowice berpeluh sebab berjaket tebal dalam  cuaca  berbelas degree . Begitu juga ketika didalam flight



Menghampiri Airport Keflavik melihat dari udara tiada lagi pemandangan salji memberi harapan cuaca tidak begitu dingin.

Melangkah keluar airport baru tau langit tinggi rendah. Cuaca tersangat dingin sehingga menyucuk jari jemari, telinga dan hidung...Memakai sarong tangan tebal hanya sedikit membantu..jari jemari bagaikan ditusuk jarum peniti... 

Suhu -9 degree, bila angin menerjah itu yang tambah menyakitkan. Ramalan menyebut rasa/feels bagaikan -16 deg.


Premis kereta sewa hampir 500m dari airport. Terpaksa berlari untuk elak kesejukan. Tiada lagi bas shuttle selepas jam 6 petang. Ketibaan kami jam 8 mlm.


Urusan kereta sewa selesai. . Ikutkan tak mau menempah awal, biar sewa ketika tiba di airport. Itu lebih murah. Bimbang sewa mahal atau tak dapat kenderaan setibanya nanti,  menempah juga secara online. 

Kena lagi seperti di UK dulu. Terpaksa mengambil semula insuran dari penyedia kereta sewa. Tak mau banyak urusan itu ini  di negara orang. Jika kejadian tidak diingini berlaku, biar penyedia kereta sewa uruskan semuanya. Jika tidak, kena selesaikan dulu bayaran ke penyedia kereta sewa sebelum menuntut insuran  pihak ke 3..Deposit €3000 perlu dibayar ke penyedia kenderaan sewa sekiranya tidak membeli insuran dari mereka. Leceh

Beli insuran semula ,   caj €400 termasuk caj pemandu ke 2, €7 sehari. Kos terbaru kereta sewa kini sudah €700..huhu. belum lagi kos minyak nanti.






Malam pertama Iceland menginap dihotel berdekatan dengan Keflavik Airport...




No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK