Zaman dah berubah. Dulu sekampong kalau duduk berjiran selalunya ada hubungan kekeluargaan..paling tidak bau-bau bacang. Anak-anak jarang yang bermastautin jauh dari kampong. Adakah situasi sekarang serupa macam dulu..? Walaupun adik beradik ramai, berapa orang yang tinggal berdekatan dengan keluarga.? silap-silap tiada..masing-masing tinggal berjauhan. Sebab itu ramai pasangan wargatua yang tinggal kesepian. Di kampong aku ramai, di kampong sebelah bini aku ramai. dan aku percaya dikampong anda pun ramai..Tak perlu tengok orang lain, keluarga kami pun cukuplah..Anak cucu kalau menjengok pun mungkin tetakala hujung minggu atau cuti-cuti umum...bagaimana dengan hari-hari biasa..? siapa agaknya yang tolong menjengok..masalah datang bukan kira masa...mungkin masa tiada sesiapa disisi masa tulah masalah menjelma...
Masalah wargatua tinggal bersendirian perlu ditangani. Telah terdapat banyak kes dilaporkan, warga tua mengalami pelbagai masalah termasuk meninggal dunia tanpa disedari orang keliling gara-gara tinggal bersendirian. Sebagaimana anda yang tidak selesa tinggal dirumah orang lain, begitulah mereka wargatua yang seboleh-bolehnya hendak tinggal dirumah sendiri. Mereka teringat rumah peninggalan, kebun, ayam itik, kucing dll..Jika anda mempunyai ibubapa, cubalah tanya dan ajaklah, aku rasa sebahagian besar memilih untuk tinggal sendirian dengan pelbagai alasan.
Aku cuba juga usulkan bersama adik beradik supaya mengumpulkan ahli keluarga, mak/ayah, makcik-makcik yang berumur untuk tinggal setempat, supaya senanglah nanti jika terjadi apa-apa. Jawapan sama keluar, sedangkan dirumah anak-anak pun tak mau, inikan pula dirumah serba asing. Mungkin perlu rukuntetangga menjengah rumah-rumah wargatua sebegini., kalau program sebegini ada...Tapi pada pandangan aku ini penyelesaian jangka pendek...
Benar sepasang ibubapa boleh membela dan menjaga 10 orang anak dan sungguh sukar untuk berlaku sebaliknya.. Mungkin adik beradik boleh berkerjasama menyediakan pembantu/bibik dirumah, tapi apalah sangat yang boleh dilakukan oleh pembantu ini dikala kecemasan. Mungkinkah rumah wargatua perlu diwujudkan disetiap kampong-kampong..hatta taman-taman ? Yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti pembantu, pembantu perubatan, ubat-ubatan, ambulan dsb.
Rumah wargatua...? aku rasa kita kena berubah persepsi. Mungkin bukan untuk ibubapa kita., sebab persepsi negatif masih menebal tapi mungkin untuk kita yang perlu bersedia menghuni disini...Kenapa tidak jika kemudahan disini lebih baik. Bukankah sedari kecil warga baru kini telah diasuh tinggal ditempat sebegini...Asrama super junior..., asrama junior dan akan datang asrama senior atau supersenior...!
Sekadar pandangan aku...maklumbalas anda dialu-alukan...

No comments:
Post a Comment