16 hb June 2014
Semangat melawat Pameran Orkid dan Bonsai Kuala Lumpur 2014 Taman Tasik Perdana, terus menjadi ahli FB Kelab Pencinta Bunga. juga Kelab Tanam Pokok keliling Rumah untuk menimba pengetahuan mengenai apa saja berkaitan penanaman pokok dari ahli kelab..
Dua manfaat yang diperolehi terus saja dicuba. Pertama teruja menyemai pokok melalui kaedah tot dan kedua menanam pokok dari batang ...
Setelah 3 minggu ternyata kaedah tot telah mula menampakkan hasil..Akar telah bercambah.. ermm dengan kejayaan ini nampaknya akan semakin banyak dahan yang akan menjadi mangsa...
Mengetahui pokok bunga kertas boleh saja ditanam melalui batang, maka apa lagi..ingin juga mencuba...
Untuk lebih mudah, beli saja di nurseri-nurseri, tetapi untuk mendapatkan pokok yang matang sudah tentu kena mengeluarkan duit lebih.
Kebetulan terdapat sepohon bunga kertas yang agak matang di sudut halaman rumah, maka akan dicambahkan supaya menjadi lebih banyak lagi...
Daripada satu dahan akan dijadikan 3 pokok..
Dua di tanam dalam pasu dan satu lagi dicucuk saja di tanah...Tengok saja nanti batang mana yang akan hidup..
Sangat tertarik melihat pokok bonsai yang berbunga lebat di pameran bonsai..Bila akar telah bercambah nanti bolehlah dipindahkan ke pasu leper supaya kelihatan seperti pohon bonsai yang telah ditanam beratus tahun....hehe..
Sewaktu berriadah di Taman Tasik Metropolitan Kepong aku tertarik dengan pokok yang berbau sangat wangi...Aku tak pasti samada spesis bunga tanjung atau lain..Manalah aku kenal jenis-jenis pokok..dan ternyata spesis ini memang sukar diperolehi di nurseri - nurser sekitar Sg Buluh..Kebetulan pokok ini juga ditanam di taman rekreasi berhampiran dengan tempat tinggal kami..Sedang elok akan dicuba mendapatkan spesis pokok ini melalui kaedah tot...
Jomlah kita menanam pokok-pokok di persekitaran rumah ...Selain aktiviti riadah, tanaman akan meredupkan kawasan ..Pokok-pokok dapat menjadi penapis udara dan membekalkan oksigen..Dengan usaha yang sedikit tapi dapat memberi manfaat yang sangat banyak...

No comments:
Post a Comment