Ok sambongan entry terdahulu.
Pergi K. Trengganu tidak lengkap jika tidak membeli ole ole keropok lekor..Yang lecehnya di sesetengah gerai terpaksa beratur panjang...Bagusnya sekarang telah ada penambahbaikan cara membungkus keropok. Tiada masalah untuk dibawa ke destinasi jauh kerana keropok dibungkus menggunakan vakum...
Setelah bermalam di rumah orang tua rakan , jam 10 pagi kami beredar meninggalkan K.Trengganu. Rakan
aku memilih jalan pantai juga. Ermm
melepaslah untuk mengetahui status pembinaan LPT2. Dia cakap jalan
pantai lebih dekat selain dapat melihat
pemandangan lebih indah... Ermm oklah wa
follow..Haritu hari cuti merdeka. Aku perhati beratus-ratus anak muda bermotor
secara berkumpulan di sepanjang laluan..di
kedua-dua arah....Mungkin ada majlis meraikan kemerdekaan di mana-mana... Yang tak seronoknya..,mereka berlumba sesama
sendiri dengan aksi superman sambil cilok mencilok dicelah-celah kenderaan ..Tidak
sepadan dengan semangat merdeka yang cuba diraikan.
Tiada apa yang dikejarkan.. Kami menonggang secara santai..Berhenti bila penat sambil menikmati pemandangan...Terlelap juga bila dibelai angin pantai...
Peristiwa di lebuhraya yang tak dapat aku lupakan. Sedang
kami melayan tonggangan santai, tetiba berdesing bunyi enjin motor menerpa ke arah
kami... Kelihatan dua biji motor sedang berlumba sambil berbaring di atas
motor... Mereka memotong kami beb. Wah..! tak padan dengan enjin kecik.. Aku mengekori rapat..Manakala kawan aku tak beri peluang dipintasnya
semula. Sukar kami percaya , motor
mereka boleh membesit melebihi 180km/jam. Mungkin enjin telah diubah suai...Aku punyalah kecut telor menyaksikan mereka menyelit
dicelah kenderaan yang sibuk..Kiri.. kanan, meluru ke laluan kecemasan..ke
laluan utama semula..tanpa memperlahankan kenderaan.. Bayangkan dengan hanya
ber t shirt dan berseluar jean mereka
berbaring sambil mengawal motor
pada kelajuan tinggi...Adoohai dengan tayar selebar lengan, ngeri memikirkan bagaimana mereka begitu berani membesit pada
kelajuan begitu tinggi..Memang hati
kering. Ditakdirkan ada kenderaan rosak
di laluan kecemasan atau ada pemandu secara tetiba menukar haluan, nescaya bersepai
otak di celah-celah dinding kenderaan.
Peristiwa kedua, kami
diekori rapat sebuah kereta sambil memberi lampu tinggi. Hah yang ini aku
suka.. Tekala melayan motor sendirian memang saat begini aku nantikan.. Dengan adanya acahan begini hilang rasa
mengantuk. Aku beri laluan..Kemudian mengekori rapat sekadar ingin mengetahui
berapa kelajuan kenderaan itu dipandu . Memang laju .. melebihi 200km/jam..Kami mat motor tak perlu kelajuan
itu untuk memotong semula, walaupun jika ada keberanian kami mampu memecut
lebih laju dari itu.. Tapi untuk apa..? ! Kami perlahankan besitan..Seronok
menyaksikan pemandu memberi signal dan lampu tinggi supaya kenderaan
dihadapan memberi laluan..Kekadang dek tak sabar, pemandu menukar arah..Yang terlebih kurang
ajar akan memotong menggunakan laluan kecemasan.. Yang ini lagi aku suka.! Sebagaimana diduga kami berjaya memotong
semula bila mereka tidak berjaya mencelah...Agar mereka lebih panas hati, kami perlahankan
kenderaan dan tunggu semula kehadiran mereka...hehe . Yang kaki juang tak
berputus asa, mengulangi besitan..walaupun mereka tau apa kesudahannya., tapi
kebanyakan pemandu terus memperlahankan kenderaan bila menyedari kami
mempermainkan mereka.. Setelah tiba di distinasi kami menyesal kerana membawa motor laju .. hehe Ini pemandu kenderaan punya pasal lah...
Berbalik kepada aksi mat rempit di jalan raya. pihak berwajib mesti melakukan sesuatu untuk menyalurkan keberanian dan kelebihan tenaga anak anak muda ini..Tidak memadai dengan hanya melarang atau menjalan kan operasi sekatan jalanraya.. Alternatif mesti ditawarkan kepada mereka.. Aku suka cadangan kerajaan Negeri Trengganu untuk mewujudkan trek berlumba untuk anak-anak muda melepaskan gian berlumba..Lagi bagus jika setiap daerah disediakan dengan litar lumba.. Tidak semestinya trek khas, tapi trek yang dikongsi dengan pengguna lain dihari hari biasa.. cuma di beri peluang kepada anak-anak muda mempamerkan skil dihari-hari yang ditetapkan.. Jika hari tanpa kereta boleh dilaksanakan setiap Ahad bulan pertama setiap bulan di Kuala Lumpur..kenapa tidak menggunapakai konsep ini untuk litar berlumba. Moga dengan penyediaan trek berlumba nanti bakal melahirkan ramai lagi pelumba hebat negara...

No comments:
Post a Comment