Sejujurnya banyak
tempat yang kita tidak pernah sampai di negara sendiri. Bila melalui
sesuatu kawasan baru, akan kita temui nama yang sangat asing.., atau nama yang tidak disangka mempunyai nama yang sama tapi di lokasi berbeza..
Dalam mencari tempat tempat menarik untuk dikunjungi di Gemas kami terpandang papantanda Kg Londah. Nama yang agak unik. Berdasarkan papan tanda di sepanjang jalan di Pekan Gemas, kampong tersebut antara kampong –kampong yang menawarkan pogram homestay…Ingin tahu juga apa yang menariknya di kampong tersebut. Sayangnya setibanya kami disana kami hilang punca.. Kami tak tau ke mana harus dituju untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Dua minggu sebelum itu kami pernah juga ke Kg Pachitan di Port Dickson ..,Perkara sama terjadi . Walhal pogram homestay di kampong ini telah beberapa kali memenangi anugerah pogram homestay peringkat nasional dan pernah dibawa liputan secara langsung melalui radio aktiviti yang dijalankan di kampong tersebut..
Sepatutnya terdapat pusat sehenti untuk pengunjung bertanya mengenai pogram itu.. Pusat sehenti itu seharusnya mempunyai data peserta yang turut serta menjayakan rancangan dan aktiviti menarik ditawarkan didalam pogram homestay tersebut..Jika meletakkan pegawai sepenuh masa tidak ekonomikal, pampangkan saja maklumat dipapan kenyataan yang mudah diakses oleh pengunjung. Atau memang ada tapi kami tidak menjumpainya…Jika begitu penambahbaikan perlu dilakukan dengan memperbanyakkan papan tanda supaya pengunjung mudah menuju ke pusat sehenti tersebut.
Air untuk pengairan disedut dari sungai berhampiran menggunakan pam dan air disalirkan melalui terusan konkrit...Pengalaman dan pengetahuan baru kami yang tidak pernah bersawah
Dalam perjalanan dari Kg Londah ke Pasir Besar kami berkesempatan singgah di ladang ternak kelulut yang menghasilkan madu … Kami berpendapat ladang ini sangat unik..Kelulut diternak di dalam sarang yang disediakan menggunakan bongkah kayu…...
Bongkah kayu dari spesis pokok tertentu yang barangkali amat diminati oleh kelulut turut boleh dibeli diladang ini.. Yang lecehnya bongkah kayu tersebut tersangatlah mahal mencecah RM1000 bergantung kepada saiz dan jenis spesis pokok .Sebotol madu lebihkurang seliter dijual pada harga RM60 .
Seterusnya kami menuju ke
Seremban melalui Pekan Rompin- Bahau- Kuala Pilah.. Tertanya-tanya juga setahu
kami Rompin adalah di Pahang. Di Negeri Sembilan pun ada juga Rompin. Inilah
yang dimaksudkan diatas, nama sama tapi lokasi berbeza.. Rupanya yang di Pahang
adalah Kuala Rompin…
Sesudah itu meneruskan perjalanan ke KL
melalui LEKAS…laluan alternatif dari Seremban ke Lembah Kelang.
Sebenarnya jika kita rajin meneroka, ada saja tempat menarik boleh dilawati yang masih tidak tertulis di mana-mana direktori. Lihatlah betapa jahilnya
kita mengenai daerah daerah di negara sendiri.. Jadi eloklah sesekali kita melalui laluan bukan lazim
untuk lebih menghargai keunikan yang ada di negara sendiri.
Sekian coretan
Jalan-Jalan ke Gemas…
No comments:
Post a Comment