Isnin 30hb Disember 2019
Ini yang syok menyusuri jalan lama., banyak pilihan untuk berhenti rehat berbanding di leburaya .
Melalui bandar Kuala Kangsar menyinggah di Masjid Ubudiah., di Jalan Istana, Bukit Chandan. Sebenarnya penulis terkeliru sekejap, pada bayangan penulis masjid di Kuala Kangsar ni yang berkubah hitam, baru tersedar yang itu adalah Masjid Zahir di Alor Star
Masjid Ubudiah dibina dizaman Sultan Perak ke 28 Sultan Idris kerana bernazar sembuh dari penyakit. Batu asas dirasmikan sendiri oleh sultan pada 1913, masjid hanya siap dibina pada 1917 dan dirasmikan oleh sultan Abd Jalil, sultan Perak ke 29..
Rekabentuk sangat gah dari luar, tak lekang dek zaman. Binaan berkonsep terbuka. Ruang solat utama berdinding berbentuk hexagonal tidak luas, boleh lah kot memuatkan jemaah dalam 100 orang..Ruang terbuka luar yang agak luas. Bagusnya rekabentuk sebegini, jimat guna tenaga. Lagipun kebiasaannya solat Jumaat atau solat hariraya saja yang ramai orang.
Untuk pengunjung luar yang tidak biasa sila pastikan arah kiblat dengan betul, walaupun di ruangan utama. Ruangan berbentuk seakan bulat, tiada garisan saf jelas di karpet ., jadi kena lihat arah mimbar untuk arah kiblat., bila diperhati dengan betul baru perasan ada garisan halus saf di karpet..ermm
Begitu juga diluar, jangan solat berpandukan kepada garisan mozek..Garisan bukan menunjukkan saf sebagaimana masjid masjid lain, ianya lebih kepada rekabentuk corak lantai, Binaan masjid berbentuk bulat erm , corak lantai terpaksalah menuruti rekabentuk keseluruhan lantai. Masjid direkabentuk dan diselia oleh arkitek dan jurutera JKR Mat Salleh, jadi tiadalah penekanan terhadap konsep saf berkiblat. Ini andaian penulis saja.
Sesudah Masjid Ubudiah, kami singgah di Masjid Muhamadiah atau masjid cina di Tasek Ipoh.
No comments:
Post a Comment