Kolah ni dulu dibuat untuk menadah air hujan konon ingin mengembalikan nostalgia mandi perigi. Serious syok mandi guna gayung. Bila makin lama mula berlumut, dan air rasa seperti berminyak, terus tak rajin mandi air kolah.
Silapnya dulu, bahagian dalam tidak dilapiskan dengan mozek. Air hujan dikota pulak, lain macam tak macam di kampong, mungkin pencemaran udara lah tu.. Perlu ditambah baik sistem penapisan air hujan jika ingin digunakan untuk mandi.
Kini kolah dijadikan tempat membela ikan tambahan, boleh membela dalam 20-30 ekor berbanding kolah utama lebih 100-200 ekor ...Jika dibiarkan kosong, jadi tempat pembiakan nyamuk.
Ikan puyu emas dan telapia sesuai berkongsi habitat.
Bila seekor 2 mulai mati, mungkin memberi isyarat kolam tak cukup ruang untuk ikan hidup dengan sihat..Ikan telapia lebih manja berbanding ikan puyu..Yang mati terapung tu telapialah, bangkai dicampak direban ayam..sekejap jer lesap.
Di kolah ini air dikitar semula semasa hujan saja, jika tiada hujan, airnya mudah keruh. Lebih-lebih lagi jika terlebih memberi makanan ikan, sisa yang tak dimakan akan mengeruhkan air .
20 ekor ikan yang dituai, selebar 4 jari orang dewasa. Ikan puyu emas dan telapia ini jika betul habitat dan penjagaan, seekor boleh mencecah berat sekilo lebih. Mungkin habitat tidak begitu kondusif selain faktor permakanan yang tidak teratur. Makan pun kekadang lupa diberi.
Setelah dituai beberapa jam, ikan
telapia terus tak bernyawa sedangkan ikan puyu masih melompat- lompat bila disentuh. Tak sabar menunggu, puyu mati dihujung parang.
Baki ikan puyu yang ada ingat nak salai dan masak lemak cili api super pedas. Tambah daun cekur/kencur Fuhh..Kalau kat kampung dulu sampai terjelir lidah tepi tingkap kepedasan hehe.
No comments:
Post a Comment