click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, September 29, 2010

OFFROAD TREK BTPUTERI

 
Posted by Picasa
26 Okt 2010 adalah hari pertama aku berbasikal off road..trek pertama aku adalah di ladang kelapa sawit bersebelahan Bdr Tasik Puteri..

Plan asal adalah nak masuk trek Bandar S.Buaya., tapi kawan aku Kasren bagitau geng dia ramai yang masih mood raya..

Plan kedua aku ajak kawan, Acong untuk berkayuh ke Berjuntai-Bt Arang- B.Tasik Puteri, tapi harap-harap haritu boleh kayuh offroad.. Pagi lagi aku sudah berkayuh ke rumah Acong, 8 pagi kitorang mula bergerak ke BTP..mana tahu terserempak cyclist lain di sana..sah jumpa dengan 5 cyclist bbtp semasa sarapan pagi di kedai mamak, tanpa segan silu kami join geng ni..nama pun pelik juga..Boboi,Ciku,Chai,langgak dan sorang lagi Hashim.

Lepas sarapan mula menuju ke trek...sampai saja dah kena turun cerun curam..budak-budak lain lepas lah..aku tersungkur..aduuh..!sakit kangkang siut,bercalar lengan dan kaki aku....korang tau ajelah nama pun ladang..penuh duri pelepah kelapa..mula je dua kali aku tersembam..Lepas tu baru bebudak ni bagi tips..Paling penting kena kontrol postur badan, punggung kena angkat..punggung kena tolak belakang supaya berat diagihkan ke belakang..brake kena kontrol..banyakkan guna brake belakang..selepas dari ini aku dah mula seronok.. dah boleh kayuh turun dan naik cerun..walaupun kekadang aku tolak je basikal..tak laraat..MTB Mari Tolak Basikal ha.ha almaklumlah novice.. sebelum keluar trek 2 kali lagi aku terbongkang..mujur aku pakai lengan panjang..

Apa-apahal pun aku enjoy..hari tu saja kami dah cover 20km on road dan 15 km off road..untuk novice seperti aku kira pencapaian lah juga..he. he..minggu depan nak masuk trek lagi..!

2 comments:

  1. perghhhh.. saya akan ikut jejak langkah abang latip.. sambil2 layan moto, lps ni nak layan juga beskal.. kenapa lps ni? sbb nak tunggu anak besor sikit.. skrg dio baru 8 tahun.. naik beskal pun dio tak expert lagi.. tapi saya dah bagi dio beskal suruh dio layan taman.. bila dio dah xpert sikit, buleh la join abg latip meng'offroadkan' diri dgn beskal.. satu hoby yang bagus utk berekreasi dgn kwn2 dan kluarga.. heheh

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK