click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, January 21, 2011

Aircond pulak buat hal..ish..ish..

Mak aii tinggi ke mileage kereta aku ni...? Aku rasa rendah sebab kebiasaan purata setahun 30000km, aku punya separuh je dalam 15000km setahun...jadi boleh pakai paling kurang 11 tahun lagi..ha ha ..


Ni le rupa kompresor aircond yang rosak dan baru sesudah dipasang..bagi yang tak tau le..

he he..sambil aku tunggu pomen repair kereta, aku belek-belek burung olok-olok nih...boleh berkicau pulak bila aku petik jari...sedang elok beli dan bela daripada menyeksa kurong burung betul...yang pelsu pon pelsu lahh


Nak aku jual, kereta terpakai mana ada harga. Bank pun dah liat nak beri pinjaman bila kereta melebihi 10 tahun. Kejap lagi insuran pun silap-silap tak mau nak insured kereta tu. Kereta baru pulak kekadang tu bila beli boleh dapat duit lagi tak perlu keluar pendahuluan berbanding kereta terpakai..Pembeli baru sudah tentu pilih yang baru dan mudah. Masa nak membeli dulu biasalah jurujual akan gelembong yang indah-indah, tapi bila nak tolak balik..pergh...sejuklah, alatganti susahlah dan macam-macam lagi..jadi daripada tolak murah gila lebih baik simpan terus sampai jadi antik mana tau bila dah jadi barang antik harga boleh mencanak gila jugak nanti ha ha..Anak-anak aku pun dah membesar panjang, pantang lepa letak kunci ada saja yang nak membawa..lagipun kereta ni kalau rajin buat penjagaan selalunya jarang beri masaalah.

Fenomena sebegini sebenarnya bagus, bila kereta terpakai dah tak berapa ada permintaan, dah tentu harga akan jatuh merudum...jadi dapat le kita merasa kereta yang dulu harga gila ratus-ratus ribu tu..

Umur kereta aku kalau kanak-kanak dah masuk darjah 5..tapi walaupun berumur masih mampu membesit dekat 200km/jam ha ha.. kalau berani la. Harini masuk workshop sebab repair aircond ..hayat rosak dah tiba nak buat macamana...lepas 11 tahun baru rosak kira ok lah tuu..kalau elok tak rosak-rosak, tutup pulak kilang aircond nanti..pekerja pun nak cari makan jugak ish.ish. Dengan liat hati berpindah tangan lah rm1660 tukar kompresor aircond baru...kan aku dah bagitau dalam artikel terdahulu, bengkel kenderaan memang lubok emass...



Aku tulis ni untuk rekod servis aku sebenarnya, tapi kalau korang nak baca..bacalah...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK