Faizal moorty abdullah -Ampang-...hijau trademark beliau..sangat bermanfaat semasa dikesesakan trafik. mudah mengesan kedudukan beliau..sebelah beliau sdr Izam x9 dari Templer Park Rawang..
Sdr Sanusi..chief mechanic..terkenal satu malaya di kalangan pencinta vespa
Cikgu salleh berikat kepala hijau kuning sedang mencatat diari xpdc..akan dimuatkan dalam Berita Harian..tunggu kemunculannya
Bengkel vespa milik Sdr Sanusi. vespa satu malaya memilih hasil tangan beliau
Aku..Baru tengok dah jatuh hati..spesis yang sama akan menjadi milik aku kalau harganya boleh bincang..tambahan koleksi motor tua di perkarangan rumah aku nanti..ha ha..
singgah dihentian rehat Bkt Merah untuk bersarapan dan mengisi minyak
x9 aku yang gagah berani memulakan langkah dengan minum petrol disuboh hari..pukul lima pagi beb...
Man 770 akan turut serta sehingga Surat Thani sebelum berpecah ke Koh Samoi..
Pak At-Jitra in action. Bulb vespa beliau padam..Beliau dan isteri joint kami di Bukit Kayu Hitam
Hentian pertama di simpang menuju Pathalong. Fine tune jentera masing-masing
Di check point Bkt Kayu Hitam. Chu'ei-vespa kiri sekali dan fauzi-vespa dua dari kanan joint.
bersiap sedia untuk ke sepadan Malaysia /Thai selepas solat jumaat . 3 biji x9-Man770, aku dan izam, satu kriss 120- na'ei, dan 4 biji vespa- faizal, cikgu salleh, sanusi dan chu'ei
Seawal 5 pagi aku dah gerak ke kawasan rehat rawang arah utara. Syed dah sampai ketika itu untuk memberi sokongan moral. Pukul 6 lebih muncul Izam dan Man770. pekena kopi panas dan solat suboh. selepas berdoa ringkas kami bertiga memulakan perjalanan ke utara. stop pertama adalah di kawasan rehat Bukit merah untuk bersarapan dan mengisi minyak.
Tiba di perkarangan bengkel vespa milik Sdr Sanusi Perlis pukul 11 dan sempat mendirikan solat jumaat di sana.
Pukul 4 ptg seramai 7 0rang peserta tiba di kompleks imegresen Bkt Kayu Hitam. 3 peserta lain sudah sedia menunggu di sana. Urusan dokumen perjalanan di kedua dua pihak Malaysia dan Thai selesai. berkumpul semula untuk urusan insuran dan tukaran wang. sementara tu pekena lagi makan minum.
Mulakan perjalanan di Thailand. Berkumpul semula di simpang ke Phatalong untuk tukar mentol lampu vespa Pak At. Sementara tu geng lain turut perelok kenderaan masing-masing.
Kami mengambil keputusan untuk berhenti tidur di Highway hotel selepas pekan Tungsung. bayaran 400 baht semalam,duduk 2 orang sebilik. Aku tidor sebilik dengan Man. bilik hanya dilengkapi kipas. hujan sepanjang perjalanan kesini,jadi kami tidak memerlukan aircond.
Jarak perjalanan hari pertama..730km
So far so good..
No comments:
Post a Comment