click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, July 8, 2011

Insan misteri-2

Harap-harap anda tak jemu membaca tulisan ini. Aku nak sambung cerita pasal insan misteri semalam..Kali ni pasal kenalan aku yang sorang ni...impresi pertama sapa-sapa saja bila bertemu dengan dia mesti tak berapa selesa tapi bila dah mula kenal akan dapat menerima sifat dia.. orangnya serius saja. Aku yang kerap berurusan dengan dia pasal kerja..pun masih merasakan dia ni cukup misteri..tak banyak cakap.,aku ingat sesapa yang kerja bawah dia mesti kecut perut..orangnya berperawakan garang..ha..ha..

Pasal penampilan dia...cukup sempoi. ber t shirt lusoh dan sandal burok saja. Pakai seluar pun terlondeh hujung kaki menyeret tanah..Tak taulah samada memang stail dia macam tu atau kebetulan semasa aku jumpa dia, dia berpakaian begitu..naik jeep cherokee 4.6 liter..beli harga 13 ribu...handal jugak berani bawak 4wd enjin cc besor..sebelum ni dia selalu bawak kancil yang ekszos pun rasa macam nak tanggal...minggu lepas aku berkesempatan sembang lama dengan dia...hari tu pun kebetulan hujan jadi daripada aku kuyup bawak motor aku ajak dia minum kat gerai di Saujana Utama, Sg Buloh..

Laa baru aku tau anak-anak dia hebat jugak pencapaian akedemik...yang sulong lelaki bakal pilot di British Airway dan belajar di England..yang no 2 perempuan buat medik di Singapura dan yang lain ada yang balajar disekolah berasrama...pendek kata terer-terer anak dia...walaupun penampilan zahir nampak macam toya .. hakikatnya dia ni hebat...sangat mengambil berat pasal pelajaran anak-anak.. hujung minggu digunakan untuk melawat anak-anak diasrama untuk memeriksa sendiri kerja sekolah anak-anak..!.he he..aku anak yang dirumah pun jarang tengok apatah lagi yang diasrama...kena tiru macam dia nihh...

Lagi, dia sangat mengambil berat pasal pelajaran agama anak-anak...untuk kelas fardu ain walaupun mendaftar tapi tak dibenarkan anak-anak pergi kesekolah agama, sebaliknya dipangil ustaz/ustazah datang kerumah mengajar ikut silibus sekolah..alasannya..anak-anak dapat tumpuan lebih berbanding dikelas yang murid tersangat ramai... dengan cara ini juga perbelanjaan akan jauh lebih murah...canggih juga kepala otak kenalan aku nih...iyalah duduk rumah mana perlu pakai seragam sekolah, duit tambang, duit poket..kalau dah 2, 3 orang anak bersekolah berapa banyak dah jimat..disamping tu ahli keluarga lain boleh memperoleh manfaat bila ustaz/ustazah mengajar dirumah..walaupun kelas tak pernah datang, bila periksa memang sah anak dia skor...bagi yang tak tau memang pening kepala..

Garang tak garang dia nih..bila anak lelaki balik bercuti dari England dia akan bawak sendiri budak tu pergi kelinik buat urine test nak tau betul ke tak anak dia cakap tak menghisap rokok...padahal dia sendiri penghisap rokok tegar...alasan dia kat anak-anak, jangan tiru macam dia...dia sudah terjebak ..daripada duit dibazirkan membeli rokok sekotak dekat RM 10 lebih baik duit simpan ..kalau sehari 10, sebulan dah berapa..? setahunn..dua tahun..ha .ha lu pikirlah sendiri...

Argh meleret pulak tulisan aku...jom ikuti sambungan di entry akan datang...walaupun bertshirt lusuh dan bersandal buruk tapi dia ni hartawan..kan aku dah bagitau sebelum ni, dia nilah yang mempunyai aset berupa hartanah melebihi RM4 juta...

2 comments:

  1. Err.. "straight" sangat tu :D Tapi kalau untuk kebaikan dan formula tu berkesan memang boleh dicuba.

    ReplyDelete
  2. saya pun tak terfikir sbl ni yang panggil ustaz/ustazah dtg rumah lagi menjimatkan...bagi yang ramai anak perlu dihantar ke sekolah agama, idea ni patut ditiru...

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK