Sebelum-sebelum ni bila terbaca berita mengenai sesuatu kejadian, jarang yang berkaitan atau setidaknya berlegar dengan orang sekeliling kita. Sebab itu barangkali kita seolah acuh tak acuh akan hal tersebut sebab tidak membabitkan diri atau orang yang rapat dengan kita...sering kita beranggapan , selagi tak terjadi dengan kita ..kira ok. Sebagai contoh, kemalangan maut, pembunuhan kejam, berantakan dalam rumah tangga..anak remaja lari dari rumah, hisap dadah dsb. Sebenarnya perkiraan kita itu silap..kalau boleh terjadi kat orang lain, pastinya boleh terjadi dengan kita/orang rapat dengan kita. Jadi kita semestinya berwaspada sepanjang masa, takut-takut hal yang sama berlaku terhadap kita/orang yang rapat dengan kita.
Apa yang nak aku cerita harini adalah berkenaan dengan keldai dadah. Korang pun dah selalu baca jugakan..Minggu ni saja dua berita yang aku terima berkisar dengan kenalan yang rapat dengan aku..Kenalan aku ini telah ditahan polis kerana disyaki menjadi 'pusher'. Keldai dadah juga lah ni, walaupun tak le sampai keluar negara...Polis menjumpai dadah tersebut dikenderaan masing-masing. Kes pertama sangat berat kerana jika disabitkan kesalahan akan ke tali gantung, sementara kes kedua melibatkan kuantiti yang sedikit. Sedikit sebab kenalan aku itu boleh diikat jamin dengan mengemukakan sejumlah wang jaminan berserta dua orang penjamin. Merayu-rayu bini dia dengan aku, mohon lepaskan bayaran mana-mana baki tertunggak untuk menjelaskan wang jaminan polis..
"Tak sangka.." itu saja respond bila menerima berita itu...kes kedua adalah kenalan sangat rapat aku. tapi dia bagitau dirinya teraniaya ....Biarlah pihak polis menyiasat perkara ini. Kalau betul teraniaya bermakna kita semua terdedah dengan risiko itu. Mana tau kalau-kalau ada orang terdesak turut mencampak barang tersebut dalam kenderaan/beg kita...semuanya mungkin...Dalam kes-kes keldai dadah yang kita baca seolah-olah sama saja jalan cerita..Teraniaya.
Apakah akan selesai masalah dadah dengan tertangkapnya keldai-keldai ini..? Tak mungkin..! selagi dalang di sebalik keldai-keldai itu masih bergerak bebas. Yang kaya raya dan terselamat adalah dalang-dalang, dan yang bodoh/teraniaya, serta terhukum adalah keldai-keldai ini. Dengan janji-janji imbuhan lumayan, akan membodohkan diri lah nanti keldai-keldai lain untuk meneruskan khidmat tolol yang ditinggalkan keldai terdahulu..Walaupun mungkin keldai-keldai tertangkap akan memberitahu siapa dalang semasa disoal siasat ...cukupkah bukti untuk mengheret dalang-dalang ini ke muka pengadilan...?
Ayoh kawan-kawan waspadai diri serta ahli keluarga dari gejala ini.
Beringat sebelum kena...

No comments:
Post a Comment