click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, January 11, 2012

Lori terbabas dalam longkang... lori tolo dan lori tolol...




Aku tangguh dulu lah cerita pasal kembara Turki 2011 , lagipun dah tak banyak cerita yang nak aku kongsikan..dah berminggu-minggu cerita pasal kembara yang sama, nanti aku sambung lagilah pasal cerita tu..

Masa nak mencapai kunci  Isnin lepas, lama jugak aku nak buat keputusan...Motor ke kereta...motor ke kereta..? akhirnya kunci motor aku sangkut semula...sesekali teringin jugak bawak kereta pergi kerja..,dah lepas pukul 9 takkan jalan jem lagi kot...Tapi itulah yang terjadi, lepas Tol Rawang hampir sejam tersangkut dalam kesesakan, kenderaan bergerak macam siput..adakalanya terhenti terus, kesihan aku tengok ada kereta yang 'overheating' sebab lama sangat sangkut dalam jem...alamak apasal pulak...? takkan disebabkan perhimpunan penyokong DSAI di Jalan Duta kot...hisssh jeles wa tengok motor mencelah berlalu pergi...

Dekat pukul 11  baru tahu punca kesesakan...rupanya lori telor terbabas longkang di Km 450 arah selatan...pergh..berpapan-papan telor berterabor atas lebuhraya...nampaknya dua hari berturut-turut cerita pasal telor ..Hari Ahad sebelum tu, selepas mendaftar anak aku di UniKl Melaka, semasa melalui Rembau kami melihat orang berjual berpapan-papan telor ditepi jalanraya...Yang menarik perhatian aku, penjual meletakkan papan tanda  besar...TOLO MURAH...!  he he..orang negori kabor telor.., TOLO...harga memang  murah habis...

Ingatkan tolo di rembau dah cukup murah, rupanya tolo di KM 450 laagiii murah..free beb..! Petugas lebuh raya beraya sakan mengumpul tolo-tolo...ha ha..


Yang ni bukan lori tolo, tapi lori sampah tolol yang nak buang sampah secara haram...undur.., undur...dan undur terus termasuk longkang..itu la lain kali jangan buang sampah ditempat sebarangan....! barangkali mamat ni ingat curah sampah ditempat sunyi orang tak nampak...bila lori dah terpersok macam ni kan dah kantol...!

2 comments:

  1. Selalu juga terkena macam ni.. Bila dah decide nak memandu kereta, masa tulah tersangkut dalam jam!

    Kalau tahu nak jadi macam tu.. lebih naik motor! :D

    Post Terbaharu Saya - Version 2.0 - Wordless Wednesday #22

    ReplyDelete
  2. he he...masalahnya 'kalau' hanif, tapi apa nk buat walaupun pahit ku telan jua...sendiri pilih, sendiri tanggung la...

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK