Ini kali kedua aku berurusan dengan pihak dewan bedah hospital kerajaan. Pertama dulu di Hospital Batu Pahat semasa menemankan abang untuk rawatan diabetis dan kedua menemankan anak pula kerana komplikasi perut di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru. Dalam kedua-dua keadaan aku sentiasa resah dan tak pernah senang duduk menanti giliran yang seolah tak kunjung tiba. Pesakit pula menanggong derita kerana terpaksa menunggu giliran untuk memberi laluan kepada kes-kes kritikal lain yang lebih mendesak . Aku percaya bukan aku seorang yang mengalami situasi ini., sebab di wad anak aku juga terdapat pesakit lain yang sedang menunggu giliran untuk memasuki dewan bedah...
Keadaan Nurul Wahida sejurus keluar dewan pembedahan. Masuk ke dewan bedah jam 7.30 malam dan keluar hampir 10.00 malam.
Dalam banyak-banyak kes kecemasan mendesak biasanya kes komplikasi wanita bersalin mendahului senarai yang perlu diberi tindakan segera kerana melibatkan dua nyawa selain itu kes-kes kemalangan turut menduduki senarai keutamaan. Memang pun sepanjang aku duduk di ruang menunggu berhadapan dewan bedah, pesakit ingin bersalin bersilih ganti memasuki dewan bedah. Melihat kepada senario ini mungkinkah sudah sampai masa pihak kerajaan memikirkan untuk membina hospital bersalin dan yang berkaitan dengannya secara berasingan sebagaimana hospital bersalin swasta yang lain. Dengan pendekatan ini tempoh menunggu pesakit kronik lain boleh dikurangkan seterusnya mengurangkan risiko komplikasi susulan.
Setelah berpengalaman berurusan dengan hospital-hospital kerajaan berikut secara umumnya aku sangat berpuashati dengan mutu perkhidmatan hospital-hospital kerajaan versi terkini seperti Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Hospital Batu Pahat-Johor, Hospital Selayang, Hospital Sg Buloh, Hospital Serdang.- Selangor, Hospital Putrajaya dll. Syabas kepada pihak pengurusan, para doktor, jururawat dan wargakerja sokongan lain.
Salam brother... just wanna give u suggestion
ReplyDeletePlease find produk SNE kapsul.. InsyaAllah.. selepas operation ini lebih mudah cepat sembuh. If u need urgent blh call this number 0136172426 nazim..
NM terimakasih atas saranan...kami akn cuba yang terbaik..insyaallah
Delete