26hb Jun 2013. Kedai gunting rambut diperingkat akhir penyiapan.
Menggabungkan barang-barang baru dan terpakai aku harap susunatur dan tema warna kedai dapat memberikan imej segar kepada premis dan pelanggan.
Pintu gerbang dari kayu terpakai digabungkan dengan 'tampered glass frameless door' .. Tujuan diadakan pintu gerbang adalah untuk mengurangkan kos pemasangan cermin. Ingin lari dari kebiasaan., frame aluminium berpetak dipilih.
Bilik tersedia untuk disewa...ada sesiapa berminat..? sangat sesuai untuk kedai gunting muslimah dsb...
Kabinet, penyangkut peralatan gunting dari kayu terpakai . Cermin muka terpakai juga...
Aku tak pasti berapa harga jika baru. Kerusi menunggu ini diperolehi dari kedai Junkshop Shah Alam. Kerusi lelong pusat zakat selangor. Kabinet besi kelabu terpakai kami catkan hitam supaya kena dengan tema warna kedai. Kesemua ini bernilai RM 680. Yang leceh kos tambahan penghantaran Rm130. Sebab sangat berkenan dengan set ini belilah juga.
Paip pendawaian menyemakkan pemandangan. Tak ubah seperti carta jadual perlawanan bolasepak. Bila dipasang bendera pasukan handalan dunia nampak macam menarik...Menghargai jasa pekerja dan bakal pelanggan warga Indonesia aku letakkan bendera Indonesia bersebelahan bendera Brazil.... Indonesia lawan Brazil...Tapi maaf yea juara tetap Malaysia..haha...
Aku tak sangka jam dinding ini paling menarik perhatian orang yang menjenguk kedai. Hampir semua akan bertanyakan jam itu. Padahal aku beli dikedai menjual barangan pengantin..RM 25.
Siapa sangka pintu terpakai RM70 ini nampak menarik bila telah disolek...
Lampu warna-warni ala kedai tomyam turut dipasang. Aku harap pelanggan terutama anak-anak suka.
Sudut khas untuk foto kembara bermotor. Harap rakan bikers dapat menyumbang foto menarik untuk dikongsi bersama pelanggan ...
Kalau nak bergunting pendek keliling atau fesyen bertingkat bolehlah menggunakan khidmat tukang gunting ini..Itupun bergantung samada beliau berada dikedai ketika itu...By appointment tiada masalah haha...
Mengambil kira sentimen orang ramai menyambut musim-musim perayaan, 1 Julai 2013 seminggu sebelum Ramadhan InsyaAllah kedai gunting ini akan mula beroperasi.. Aku harap pemilihan tarikh ini tepat . Di Taman dan taman-taman berjiran kami terdapat 9 kedai gunting rambut tidak termasuk salon unisex...setahu aku hanya satu milik orang islam kita dan kedudukannya agak tersorok, selebihnya milik bukan islam. Kedai gunting rambut kami berada dikawasan perumahan baru dan belum ada kedai gunting muslim..Aku harap usaha ini merupakan sebahagian jihad fardu kifayah , memberikan pilihan saudara muslim untuk bergunting dikedai orang islam.
Jangan lupa datang yea...
mudah-mudahan murah rezeki...Amin
ReplyDeleteTerima kasih Mohd Pk...
DeleteSalam tuan, bole share cmne tuan dptkn tukg gunting mahir dr luar.
Deletebos...kedai masih beroperasi ke...
ReplyDeletebos...kedai masih beroperasi ke...
ReplyDeleteAlhamdulillah beroperasi tuan
DeleteAlhamdulillah beroperasi tuan
DeleteSalam.. Mohon Iklan TT..
ReplyDeleteSy ada menjual Professional Hair Scissors Set, suitable for Barber, Salon, Professional & Business use.
=Brand: Smith Chu Pro (Original Brand)=
Set Included:-
1. Straight scissor 6"
2. Thinning scissor 6"
3. Comb 1
4. Comb 2 (Upgraded to Razor)
5. Cloth
6. Scissors Oil
7. Scissors Adjuster/Regulator
8. Scissor Case/Bag (2 Layer)
Price RM180.00 - Ready stock
*Poslaju rm7
**COD: Ampang, KLCC Area @ KL Area
Call/whatsapp:
Adie - 0123495601
Assalam tuan,
ReplyDeleteKErusi barber tu tuan beli dimana dan berapa kos yang simple...
Di kl jln sultan tuan..berdktn jalan petaling.. harga dulu dlm 550 seunit skrg tak pasti..rasanya dlm 650...
DeleteSalam tuan, bole share tuk dptkn pkerja gunting mahir dr luar. Sy nk buka 1 kedai
ReplyDeleteNk mencari tukang gunting yg bagus memang cabaran...
DeleteTips mudah kena berkawan dgn tukang gunting dn tanyakan rakan rakan mereka.. selalunya akan ada
Sy pun sedang mencari tukang gunting yg baik untuk outlet baru yg bakal dibuka sebelum raya hj nt...
Kami adalah organisasi perundangan yang diwujudkan untuk membantu Orang yang memerlukan bantuan, seperti bantuan kewangan.
ReplyDeleteJadi jika anda atau anda berada dalam masalah kewangan dalam kegawatan kewangan, dan anda memerlukan wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri, atau anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang anda atau membayar bil anda, memulakan perniagaan yang baik, atau telah meminjam lebih banyak Masalah dari tempatan bank, hubungi kami hari ini melalui E-mel: di catherinewilliamloancompany@gmail.com
E-mel: catherinewilliamloancompany@gmail.com
Permohonan pinjaman termasuk:
Nama: _________
Alamat: _________
Negara: _________
Kedengaran: _________
Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan: __________
Tujuan Pinjaman _________
tempoh pinjaman __________
Pendapatan bulanan: _________
Telefon: _________
Sila hubungi kami melalui e-mel
E-mel kepada kami: catherinewilliamloancompany@gmail.com