Yok Rempitan yang bakal dipaparkan di papan tanda utama...Yok Rempitan kini jenama...haha
Kedai gunting rambut...? Biar betul...
Hehe reaksi kekawan bila dimaklumkan kedai gunting kami telah beroperasi. Almaklumlah kedai gunting bukannya boleh menjana pendapatan lumayan. Walaupun persepsi itu kekadang silap. Kena gaya dan percaturan apa saja bisness mampu memberikan pulangan yang berbaloi walaupun kelihatan lekeh. Jangan dipandang lekeh nilai syiling satu sen kerana tanpa satu sen, tiadalah nilai ribuan, jutaan dsb.. Dengan bilangan banyak dipelbagai lokasi, siapa sangka vending machine menjual minuman berkarbonat mampu memberikan pulangan tinggi kepada pemilik jenama...Begitu juga dengan mesin urut yang kini banyak disediakan dipusat beli belah, kawasan rehat dsb...
Bila sebut kedai gunting rambut, kebanyakan orang akan terbayang kedai gunting yang sempit dikongsi dengan premis lain, sesuailah dengan jangkaan pendapatan yang tak seberapa. Berbeza jika disebut saloon. Aku ingin kelihatan berbeza. Walaupun turut dikongsi dengan premis lain, dengan susunatur yang tersusun kedai gunting kami. masih kelihatan luas dan selesa, sehingga ramai yang menyangkakan kedai gunting kami adalah unisex saloon.. Khuatir dengan imej saloon dan persepsi harga yang mahal, papan iklan LED dipasang dipremis memaklumkan kadar harga yang setara dengan kedai gunting biasa. Alhamdulillah nampaknya berkesan.
Masih terlalu awal untuk berkokok tentang dayasaing dan kelangsungan kedai memandangkan kedai gunting kami turut bersaing dengan kedai gunting lain yang punya nama beroperasi 2 pintu dari kedai kami. Setelah masuk hari ke 3 operasi dan melihat trend pelanggan yang menggunakan khidmat tukang gunting kami, semangat dan keyakinan untuk pergi jauh nampaknya mula mekar...Keyakinan inilah aku cari.
Cabaran utama dalam bidang perkhidmatan adalah memuaskan hati pelanggan. Pelanggan adalah raja. Meningkatkan bilangan pelanggan nampaknya tidak sesukar mengekalkan pelanggan sama mengunjungi semula kedai...Aku yakin untuk kekal berdayasaing mutu perkhidmatan mesti sentiasa tiptop. Dan aku percaya untuk mencapai mutu kerja yang konsisten, biarlah bisnes meningkat secara semulajadi tanpa perlu dipaksa dengan pelbagai promosi berlebihan. Lainlah kalau bisnes telah benar-benar stabil. Dikhuatiri promosi berlebihan akan membunuh terus bisnes yang diceburi kerana keupayaan tidak mampu menampung permintaan yang tinggi sehingga menggadaikan mutu perkhidmatan. Pengalaman lingkup dalam perkongsian bisnes makanan pizza diharap boleh dijadikan panduan dalam memacu bisness perkidmatan yang diceburi kini.
Kepada pelanggan-pelanggan, baik beritahu rakan, buruk beritahu kami...
No comments:
Post a Comment