>>>Masih tak terlambat kot untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014. Harap-harap azam tahun terdahulu terlaksana sebelum muncul tahu baru. Juga selamat ulang tahun perkahwinan kepada kami yang ke 24, 1/1/1990 hingga 1/1/2014. Maaf lah yea aku takda bagi bini aku bunga atau kata kata indah. Juga hadiah-hadiah.. .Ingin juga berbuat demikian, tapi macam serba tak kena lah haha.. Biarlah orang nak cakap aku tak romantik. . Entah aku bertakrifan berbeza pasal romantik. Ada orang melihat memberi bunga 1 lori itu sebagai simbol kasih sayang. Atau meperagakan aksi terlebih mesra sambil dikongsi di laman-laman sosial sebagai sesuatu yang sangat romantik. Takpalah itu takrifan masing-masing . Aku tak merasakan hilangnya kasih sayang kalau aku tak lakukan semua itu. Kasih sayang adalah perasaan yang terbit dari dalam. Yang ini tak boleh tipu. Hanya empunya diri yang tahu. . Yang pelbagai cuba ditonjolkan secara luaran belum tentu tulin atau palsu. Kalau romantik tulin memang sangat bagus. Seeloknya begitulah sehingga ke akhir hayat. Yang kita taknak hanya 'romantik' semasa berpacaran . Kahwin baru beberapa bulan sudah berantakan. Romantik sebegini apa barang beb..!!! >>>
>>Bagaikan roda. Tidak selalunya yang di atas akan sentiasa diatas. Akan tiba masa kembali ke bawah. Kekadang tak lama kitaran itu berada ditempatnya. Ibarat kitaran teknologi juga. Aku masih ingat melihat bos kehulu hilir mengusung set phone ATUR. Besar ketika itu menjadi simbul kebanggaan. Masa beredar . Seketika kemudian yang kecil pula menjadi kegilaan. Dan kini yang semakin besar kembali semula. Phone dan tablet sebesar dulang seolah phenomena. Tapi percayalah akan tiba saatnya gajet-gajet besar ini juga akan ditertawakan bila menggunakannya dikhalayak ramai. Begitu juga dengan jenama. Seketika dulu jenama tertentu mendominasi pasaran. Kini jenama yang gah dulu seolah tidak bermaya. Tempatnya diambil oleh pesaing yang lain dan percayalah jenama yang gah sekarang juga akan menerima nasib yang sama sedikit masa lagi apabila akan dipintas oleh jenama lain pula. Masalahnya kita selalu alpa bila berada diatas. Kekadang menyombong tak tentu pasal. Kekadang boros tak hingat dunia. Bila putaran kembali ke bawah, apa persediaan kita.? Selalunya orang yang 'over' adalah yang tiada apa-apa. Memiliki sedikit kelebihan seolah dunia sudah ana yang punya. Geng ini yang selalu terperangkap bila kitaran hidup kembali kebawah. Permulaan yang baik belum menjamin kesudahan yang baik. Ini adalah lumrah kehidupan.>>>
Sekali lagi Selamat Tahun Baru...
Sekadar coretan untuk peringatan diri dan para pembaca.
No comments:
Post a Comment