Hari ke 2 Switzerland adalah berkunjung ke puncak pergunungan Jungfrau, Top of Europe... Grup leader menyarankan peserta menyertai trip untuk mengalami pengalaman baru berada di puncak..
Asalnya berbelah- bagi...30:70 ...70 puluh lebih kepada tak mau pergi...Pertama kos kesana mahal €165 seorang sedangkan pengembaraan masih lama, bekalan pula semakin menyusut...Kedua ...dah dapat bayangkan pemandangan di puncak gunung nanti..Dah tentu cantik ...Selalunya keinginan mengetahui sausana baru yang kuat mendorong penulis untuk ke sesatu destinasi...Jika bayangan sausana itu sudah boleh di agak..keterujaan ke sana sedikit mengurang.
Demi memenuhi keinginan spouse..maka mengikutilah juga trip ke puncak gunung...
Sebahagian peserta saja ikut serta sementara yang lain membuat aktiviti di sekitar tapak perkhemahan ataupun berjalan- jalan di Pekan Leuterbrunen....
Didalam perjalanan bukan pemandangan indah yang menarik pemerhatian penulis tapi takjub dengan kecekalan orang dulu membina trek keretapi yang agak curam di lereng- lereng gunung selain terpaksa menebuk terowong-terowong untuk ke puncak. ...
Trek melalui penempatan penempatan di lereng lereng gunung...
Trek dibina sejak kurun ke 18 ...Tanpa bantuan teknologi moden mereka berjaya menebuk terowong-terowong ke puncak sehingga ketinggian hampir 12 ribu kaki...Berselirat trek trek keretapi dipergunungan dari bandar bandar lain juga.
Berdasarkan nota sejarah yang dibekalkan bersama tiket...Trek keretapi yang kami lalui ini sepanjang lebih kurang 10km melibatkan kos 16 juta Euro dan mengambil masa selama 16 tahun untuk disiapkan.
Untuk kepuncak mengambil masa hampir 2 jam...Akan berhenti di beberapa stesen...
Secara peribadi pemandangan di puncak memang menakjubkan...Sungguh ajaib ciptaan Allah..Tidak jauh dari bayangan penulis sewaktu di camsite lagi. Campsite dikelilingi puncak-puncak gunung yang dilitupi salji. Lagipun sebaik memasuki Swiss dari Itali kami telah disajikan dengan pemandangan memukau, jadi pemandangan dipuncak sudah boleh diagak keindahannya.
Berikut antara foto foto kenangan yang diambil sewaktu di puncak..
Semakin tinggi altitud...udara semakin menipis...Sebelum ke puncak tadi telah diberi penerangan simptom simptom alahan berada di altitud tinggi...
Bukan spouse saja rupanya ramai lagi pengunjung mengalami alahan yang sama...kepala berdenyut pening..Kekadang alahan ini lebih kepada serangan psikologi kerana kecelaruan isyarat otak ketika berada di altitude tinggi.. Petugas paramedic sentiasa ada untuk memberikan bantuan jika perkara tidak di ingini betul betul terjadi...
Sekitar jam 5 petang kembali semula ke tapak perkhemahan...
Keesokan hari kami akan perpindah ke Paris Peranchis..
No comments:
Post a Comment