click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, June 5, 2017

Europe17-D11 Le Villae Village Paris


Harini 24 April 2017 akan bergerak ke Paris...Paris merupakan destinasi akhir bersama Kelana Konvoi..



Atas permintaan peserta menyinggah di bandar Interlaken untuk membeli cenderahati kenangan Switzerland..Semalam ada peserta yang tidak sempat membeli cenderahati kerana kedai di Leuterbrunen pekan penginapan kami tutup.





Kagum dengan kebersihan bandar di sini...Ditambah dengan latarbelakang puncak gunung dilitupi salji sungguh indah sekali...

Setelah memenuhi hajat peserta ..terus bergerak ke Paris


Melalui lebuhraya bertol


 Berhenti rehat untuk makan tengahari di RnR... tak besar RnR di sini...Harini chef memasak meehon goreng...



Sebagaimana di Uk.Netherland..Germany Italy dan Switzerland..di Peranchis juga banyak kincir angin...selain Netherland negara- negara eropah banyak menggunakan kincir angin untuk menjana tenaga elektrik...Di Netherland lebih kepada kincir air untuk mengepam air ke terusan -terusan buatan.




Pemandangan sepanjang hiway pun hampir serupa...Bunga carnola sedang menguning...



Di Paris kami tinggal di campsite pinggiran Paris..Tidak jauh dalam 20km saja ke pusat bandar...Camptsite memang sangat luas...

Jangkaan asal penganjur, ramai peserta yang ingin ke Disneyland Paris..Namun peserta berusia tidak begitu ghairah menyertai aktiviti seperti ini...Hanya 8 orang budak-budak muda yang ke sana...sebagai ganti peserta tua dibawa ke pusat beli belah La Villae Village...




Konsep pusat belibelah factory outlet menjual barangan berjenama sangat popular dikalangan pengunjung...



Yang seronoknya berjalan ketika ini sausana nyaman ..Bila penat berehat saja dibangku -bangku yang banyak disediakan..Untuk solat juga mudah...bilik ibadat pelbagai agama disediakan... yang pasti hanya muslim lebih ramai memanfaatkan kemudahan seperti ini...

Di Peranchis penduduk muslim ramai ..Pemandangan wanita wanita bertudung adalah perkara biasa..










Di sini kami hanya membeli cennderahati beg sandang anak..Di factory outlet Bicester England dulu ada tengok tapi tak membeli jadi disini ditunaikan hajat anak yang memesan..Selain dari itu sekadar mencuci mata , makan-makan di restoran muslim dan mengabadikan foto kenangan...

Esok kami akan ke pusat bandar Paris...Pertama kali ke sana sangat teruja...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK