click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, November 29, 2017

Jalan Pintasan Rawang

29 Nov 2017 

Setelah beberapa kali tular di media sosial kononnya jalan telah dibuka, akhirnya penantian itu menjadi realiti pada 28hb Nov 2017.



Jajaran pintasan baru 9km dengan hampir 3km jalan bertingkat dimulakan pembinaan Julai 2005 dan siap Nov 2017 melibatkan kos pembinaan 628juta.

Tidak melepaskan peluang, penulis mencuba laluan baru pada ketinggian maksimum 58.2 dari aras tanah  yang dinobatkan sebagai jambatan tertinggi di Malaysia bahkan ada yang mengatakan tertinggi di asia tenggara



Papantanda dari arah selatan perlu didirikan sekurang kurangnya 500 m sebelum cabang simpang, jika tidak nescaya ramai pengguna yang menghala ke Pekan Rawang ataupun menuju Leburaya LATAR akan tersalah haluan memasuki jalan pintas baru ini...Jika terjadi pengguna perlu meneruskan perjalanan sehingga susur keluar di Sg Choh untuk ke destinasi dinyatakan.

Dari awal pagi lagi diperhatikan ramai pengguna yang mengundurkan kenderaan setelah tersalah memasuki lorong...Keadaan ini sangat membahayakan sementelah cabang simpang agak tersorok kerana selekoh..



Semasa melalui jalan ini tadi ramai pengguna yang memberhentikan kenderaan ditepi jalan untuk bergambar...


Spot ini pastinya akan menjadi lokasi popular untuk orangramai mengabadikan foto kenangan...




Menyelesaikan satu masalah, muncul pula masalah yang lain..Kesesakan  kini beralih di persimpangan lampu isyarat Sg Choh pula. Tujuan jalan pintas  adalah mengelakkan kesesakan di Pekan Rawang untuk pengguna dari selatan yang ingin ke  utara dan begitulah sebaliknya..

Pengguna yang ingin ke Sg Choh atau pun Bukit Beruntung dll bersedialah menghadapi kesesakan di persimpangan lampu isyarat Sg Choh pula...Dalam keadaan tiada jalan pintas laluan Sg Choh-Rawang memang sentiasa sibuk,  dengan pembukaan laluan pintas akan memburukkan lagi keadaan..Bayangkan jika pengguna dari selatan yang ingin ke Pekan Rawang tersalah masuk lorong tadi..

Walaubagaimanapun syabas kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan pembinaan jalan pintas ini...


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK