16 July 2018 Isnin. Hari ke 8 Canada lebih separuh destinasi cadangan Canada Barat dilawati.. Harini kami ke Hinton.
Musim panas di Canada menyajikan kepuasan meronda... Siang sangat panjang... Boleh meronda selagi tidak jemu..
Sebelum menyambung rondaan semalam tengahari ini kami membasuh pakaian dulu.. Misi tertangguh membasuh semalam sebab kedai dobi tiada yang dibuka 24 jam..
Kedai yang kami kunjungi ini diusahakan oleh warga Korea yang datang 15 tahun dulu dan kini sudah memperolehi kewargenegaraan Canada..
Bila diberitahu kami dari Malaysia terpinga pinga dia.. Memang kebanyakan orang yang ditemui agak jahil geografi mereka. Segera beliau teringat Kim Jeong Nam warga Korea Utara yang mati dibunuh di klia ..
Dalam perjalanan ke Hinton kami berkunjung ke West Edmonton Mall. Teruja melawat sini yang dikatakan terdapat taman rekreasi air dalam bangunan terbesar dunia..
Juga terdapat dataran ais skating.. Harini tidak berpeluang menyaksikan perlawanan hoki ais yang sangat popular di Kanada.
Berbanding bolesepak, hoki ais lebih popular di Kanada.. Tak hairanlah sebab musim dingin di Kanada sangat panjang 6 bulan bermula dari September sehingga April.. Demam bolasepak piala dunia Rusia 2018 langsung tak terasa disini..
Replika pekerja menggerudi minyak turut diabadikan di pusat membelibelah. Daerah Alberta merupakan pengeluar utama minyak Kanada.
Setelah window shopping dan makan makan kami beredar ke Hinton..
Tiga jam pemanduan tiba dan berehat di hotel . Esok kena bertolak awal ke Jasper National Park, satu jam lagi perjalanan dari Hinton..
Sengaja pilih hotel disini sebab di Jasper kadar penginapan dimusim panas adalah sangat mahal lebih 600 CAD satu malam.. Disinipun kami membayar hampir Rm 600 satu mlm..
Dekat 9mlm..tapi sausana macam pukul 3 ptg lagi.. Nak lelap mata pun tak boleh.. Magrib hampir 11mlm..Isya dekat pukul 12..Terlajak tidur subuh pun hanyut.. 3.20 pg
No comments:
Post a Comment