7hb Dis 2017
Sesudah sarapan di Haatyai terus ke Krabi. Pemanduan berpandukan google map.
Kalau Petronas menjuarai stesen stesen minyak di Malaysia, di Thailand PTT pula juara. Harga minyak berbeza disetiap daerah dan di siam minyak lebih mahal. Ron95 lebih 30B.
Lebih 3 jam pemanduan menghampiri Trang berhenti di Andaman Gateway.
Replika-replika gajah dan tapir menarik perhatian pengunjung untuk singgah kesini.
Menurut tulisan ini tapir adalah spesis khusus daerah-daerah di malaya dan selatan thai.
Disamping itu terdapat juga sudut penduduk asli etnik Sakai.
Ketika ini rombongan pelajar sedang diberi taklimat berkenaan sejarah penduduk orang asli. Orang Sakai turut di jemput menunjukkan pelbagai skil mereka seperti menyumpit.
Etnik orang asli seperti sakai senoi negrito dll banyak mewarnai sejarah kepulauan melayu.
Ramai pengunjung berhenti rehat disini sebelum meneruskan ke destinasi masing masing.
Orang Malaysia sangat ramai.
Hentian berikutnya di pasar awam sejurus memasuki daerah Krabi. Majoriti peniaga disini adalah muslim.
Keenakan makanan selatan thai memang tidak dinafikan. Memang sangat kena dengan selera penulis
Menurut sejarah selatan thai sehingga ke segenting kra dahulunya diperintah oleh kerajaan melayu. Jadi tidak hairanlah ramai muslim di daerah daerah sini.
Turut menyinggah di Shell Fish Beach.. Fosil ikan yang dikatakan terkubur pada limestone ratusan juta tahun dulu. Ermm . Pantai berbatu bertebing curam..
Hasil carian internet untuk penginapan berbaloi, membawa kami ke penginapan ini yang jauh tersorok di kebun getah. Di pekan harga hotel adalah mahal apatah lagi kami mencari bilik untuk famili..
Kedudukannya 10km dari pekan Ao Nang.
Resort mini persendirian yang baru dibuka sebulan.. Patut pun serba serbi baru dan bersih. Bilik famili 1600B, memang sangat berbaloi.
Malamnya bersiaran dan makan makan di pekan Ao Nang. Restoran muslim banyak. Masjid besar tersergam.
Penulis yang dah banyak kali juga meronda serata Siam berpandangan Thailand kini bukan lagi destinasi percutian murah. Jika dulu hanya minyak kenderaan yang mahal kini hotel dan makanan pun turut mahal..Kalau diambil kira tukaran wang lagi lah terasa mahalnya.
Esok kami akan pergi dan bermalam ke Hatyai .
No comments:
Post a Comment