click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, March 20, 2020

Perangkap Tikus...

 20hb Mac 2020, Jumaat

Harini dalam sejarah pergerakan dalam  negara dikawal kerana wabak covid 19. Masjid dan surau ditutup untuk sebarang aktiviti sepanjang kawalan terhad bermula 18hb Mac sehingga 31Mac2020. Diharap semua rakyat patuh supaya tempuh itu tidak dilanjutkan.

Solat jumaat digantikan dengan solat zuhur dirumah masing masing. Solat berjamaah pun dilarang sama sekali.

Untuk yang kaki masjid perkara ini tidak menjadi masalah, In Sha Allah pahala tetap diperolehi sebagaimana hadir walaupun solat dirumah kerana ketidakhadiran ke masjid atau surau adalah diluar kawalan mereka.

Sempena memiliki waktu terluang kerana cuti wajib, elok memanfaatkan waktu dengan membuat aktiviti berfaedah dirumah.

Harini penulis nak berkongsi membuat perangkap tikus dari tong cat terpakai.




Penutup tong dipotong bulat..



Menggunakan dawai keras sebagai paksi..


Sediakan penahan paku  disalah satu sisi supaya penutup tidak sentiasa berpusing apabila makanan diletakkan diatas penutup. 

Perangkap sedia digunakan..Tikus akan terperangkap didalam tong ketika leka menikmati umpan. 

Sebelum ini dah cuba racun tikus, berkesan tapi tikus tetap ada lagi dan lecehnya jika tak tau dimana tikus  mati, berhari hari akan menghidu bau bangkai.

Pernah menggunakan perangkap berjaring, tak pernah mengena.

Penulis harap perangkap ini berkesan.

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK