click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, June 25, 2020

Penternakan Ayam Kacuk Kampung....

PKP telah mengubah kehidupan ramai orang dan penulis tidak terkecuali..Strategi baru terpaksa disusun untuk meneruskan kehidupan. Tak guna merempuh halangan didepan mata sekiranya pilihan lain masih boleh dicuba.

Menternak ayam antara cabang  yang penulis ingin ceburi, kemahiran yang jauh menyimpang dari bidang kejuruteraan yang penulis miliki. 7 tahun dulu bidang gunting rambut  penulis teroka, bidang yang langsung tiada asas kemahiran..Bidang ini yang dirancang sebagai sebahagian sumber ekonomi utama ketika usia pencen terpaksa dikaji semula gara-gara terjejas teruk akibat covid 19.

Penternakan ayam dirasakan sesuai mengisi lompong akibat keterbatasan bidang gunting rambut dan sekiranya berjaya tidak teragak agak menjadikanya sebagai cabang utama.

Secara relatifnya penternakan ayam memiliki ciri-ciri ringkas yang penulis suka antaranya tidak memerlukan  pekerja ramai untuk menjaga . Pemantauan kewangan juga mudah kerana tidak melibatkan banyak transaksi dalam satu satu masa. Kitaran menuai juga tidak lama menjadikanya mudah diharungi..

Cabaran utama pastinya memastikan kos memelihara sentiasa rendah
...Kos makanan, kesihatan dan pasaran jika boleh ditangani in sha Allah bidang ini  dapat diusahakan dengan mudah.

Diatas kertas kelihatannya mudah., yang pasti teori dan suasana sebenar  tidak sama. 

Untuk permulaan penulis mensasarkan  2ribu ekor pengeluaran sebulan dan akan ditingkatkan sekiranya pengalaman semakin mantap..

Harini 25hb Jun 2020 pembinaan reban bermula. Untuk menjimatkan kos, reban menggunakan konsep reban terbuka. September dijangka  penuaian pertama  bakal memberi gambaran sebenar apakah teori dan praktikal ada lah sama.. 

Huhu harap-harap tidak banyak lari...



2 comments:

  1. Mudah2an projek ternakan AKK akan berjaya.
    Mulakan dengan skala kecil dahulu sebagai percubaan dan menimba pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya berpada dgn jumlah itu sb jika ingin menternak skala komersil paling kurang pengeluaran sebulan 10 ribu ekor..jd dpt timba pengalaman membela satu perlima harap2 membantu menambah ilmu menternak dgn betul

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK