click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, January 26, 2021

Mesin Pencacah Ranting(Shredder)

Antara perkakas eletrik domestik mudah difahami berfungsi adalah mesin basuh. Sistem utama adalah motor dan papan komputer.

Papan komputer kita tolak tepi kerana memerlukan kepakaran khusus...jika rosak yang ini lebih berbaloi menukarnya, selain ini sistem lain boleh dipelajari dengan mudah..Sebarang kerosakan kecil boleh cuba perbaiki sendiri.



Semangat berjaya membaiki kipas, otak segera terarah ke mesin basuh yang dikatakan oleh technician dah tidak berbaloi dibaiki...Badan mesin basuh kini dijadikan tong menyimpan guni dedak ayam..hehe.

Motor utama mesin basuh yang bermasalah, motor spiner dibagitau masih elok..Dah ada multimeter ni mudah untuk mengujinya, sah motor masih elok..dah lama ditanggalkan sebab dulu berangan nak buat mesin pencacah ranting/daun pokok menggunakan motor ini.

Idea ada tapi ilmu tiada...Bila belajar dan memahami serba sedikit bagaimana motor berfungsi semangat membuat mesin pencacah  menjelma kembali.

Membeli mesin pencacah siap bukan murah, ribu riban juga...Pening memikirkan nak membuang sisa ranting dan daun setiap kali mencantas rimbunan pokok keliling rumah..Duduk di taman awam mana ada kawasan membuang sisa-sisa pokok sebegini.. Menunggu orang Majlis kutip lambat sangat...

Berjaya membuat mesin nanti, ranting dan daun pokok-pokok  boleh dihancurkan menggunakan mesin ini, konsepnya sama macam blender atau pengukor kelapa kat dapur tu...Cuma yang ini bersaiz  besar dilengkapi motor lebih bertenaga untuk menggerakkan  pisau pencacah yang besar.

Sesudah dikisar, keringkan dan campurkan dengan  tahi ayam untuk dijadikan baja kompos...

Wah canggih gituu...


2 comments:

  1. Tabik dengan ketelitian insan terpilih sehingga boleh berjaya membaikpulih peralatan elektik yang rosak. Allah anugerahkan ketajaman fikiran dan tangan ajaib!

    ReplyDelete
  2. Hehe sebenarnya semua org boleh membuatnya jika faham konsep sesuatu peralatan berfungsi...peralatan basic saja pun

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK