click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, January 23, 2022

Muar Bandar Diraja...

Misi riadah hujung minggu diteruskan. Kali ini ke selatan tanahair, Muar menjadi pilihan. Sejak pkp, ini pertama kali ke selatan.

Sambil kita mencari tempat riadah, disertakan pelbagai aktiviti sampingan. Kebetulan bertemu semula rakan lama, di FB yang kini mengusahakan 2 stesen minyak Petronas dan restoran di Muar.

Sejak pkp lagi teringin berkunjung ke restoran sahabat sekolah di Muar ini.



Bukan kaleng- kaleng sahabatku ini...restoran begitu cantik, penampilan luar dan dalam bertaraf internasional. Menu dan keenakan makanan A+, harga berpatutan.

Selalunya bila meronda, mencari tempat makan-makan yang sering menjadi masalah..Kekadang makanan ok, penampilan kedai pula serabut, begitulah sebaliknya, tapi yang ini serba serbi perfect, nescaya akan menjadi singgahan wajib setiap kali berkunjung ke Muar.

Untuk berkunjung ke restoran ini google saja Kafe Santai-Santai Muar.



Sesudah itu meninjau Tanjung Emas lokasi riadah kali ini. Penulis bersekolah menengah di Muar, memang terdapat perbezaan ketara. Muar yang kini bukan Muar yang dulu. Sejak dijadikan bandar diraja, Muar semakin indah kemas dan bersih. Tak hairanlah Muar mendapat pengiktirafan sebagai salah satu bandar terbersih Asian.


Menaiki Muar River Cruise, melihat pemandangan kiri kanan sungai sehingga ke jambatan ke 2 Sg Muar. Durasi 30 minit dikenakan bayaran RM20 untuk orang dewasa







Sebelah malam menikmati ikan bakar di D' Tiram Restoran Terapong



Restoran yang baru beroperasi sejak November tahun 2021.

Sesudah makan, berkunjung lagi ke Tg Emas, ingin melihat persekitaran disitu bermandi cahaya.









Memang ok cuma lampu-lampu berwarna warni perlu ditambah lagi disepanjang sungai supaya menaikan lagi seri taman.

Penulis teringin jika pihak PBT dapat menyediakan restoran terapong mega di sini. Restoran boleh menggunakan kapal kargo atau kapal cruise yang diubah suai...Fuh bila dihias dengan lampu, pasti gempak ..

Sebagaimana niat asal, sesudah subuh berekreasi di Tanjung Emas






Pagi Ahad berbondong- bondong warga setempat beriadah..aktiviti yang perlu ditiru di semua tempat.


Sesudah beriadah berserapan pagi..uniknya di Johor pagi-pagi pun ada sate...

Sate dengan lontong lah kita harini...

2 comments:

  1. Selamat beriadah dan JJCM ke bandar Maharani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih wak...berkesempatan pergi kluang nk ngendangi wak lah..hehe

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK